Mufti Perjelas Sama Ada Duit Pengeluaran KWSP Perlu Dikenakan Zakat Atau Tidak
Hanya individu yang menyimpan duit KWSP tersebut selama setahun sahaja diwajibkan untuk membayar zakat sebanyak 2.5%.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pembayaran duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah dikreditkan kepada pemohon secara berperingkat bermula dari 18 April dengan jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan adalah sebanyak RM10,000.
BACA JUGA: Pengeluaran Khas KWSP Diawalkan Bermula Hari Ini, 18 April
Disebabkan jumlah tersebut yang agak banyak, beberapa pihak mempersoalkan sama ada wang tersebut perlu dikenakan zakat atau tidak.
Hukum mengeluarkan zakat untuk duit KWSP
Bagi menjawab persoalan tersebut, Mufti Negeri Sembilan telah tampil memberi penjelasan berkenaan perkara berkenaan menerusi posting yang dimuat naik di laman Facebook.
Berdasarkan penjelasan yang diberikan, hukum membayar zakat terhadap duit KWSP yang dikeluarkan adalah TIDAK WAJIB sekiranya cukup nisab.
Namun, individu perlu membayar zakat sebanyak 2.5% terhadap pengeluaran khas itu jika duit itu disimpan selama setahun.
Apa itu zakat?
Untuk pengetahuan anda, zakat bermaksud pengeluaran harta dengan kadar tertentu untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan dan ianya bersifat fardhu ain kepada seluruh umat Islam yang telah memenuhi segala syarat.
Seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh dijatuhkan hukum murtad manakala mereka yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar.
BACA JUGA: Dah Ganti Puasa? Kalau Belum Kena Bayar Fidyah. Apa Itu Fidyah & Cara Kiraannya?
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.