Now Reading
Peminjam PTPTN Kini Boleh Bayar Pinjaman Guna Akaun 2 KWSP, Ini Cara-caranya

Peminjam PTPTN Kini Boleh Bayar Pinjaman Guna Akaun 2 KWSP, Ini Cara-caranya

Selain menggunakan Akaun 2 KWSP milik peminjam, kaedah pembayaran balik hutang pinjaman PTPTN ini juga boleh menggunakan akaun milik pasangan atau ibu bapa yang merupakan ahli KWSP.

bayar ptptn guna akaun 2 kwsp

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Di Malaysia, kerajaan telah menawarkan pinjaman pendidikan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mana-mana pelajar yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Dengan adanya pinjaman PTPTN ini, ia membolehkan para pelajar untuk membayar yuran pengajian, buku, alat pembelajaran, wang saku dan sebagainya.

Kemudian setelah tamat pengajian di universiti, mereka yang membuat pinjaman PTPTN tersebut dikehendaki untuk melunaskan hutang berkenaan mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan.


Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN Melalui Akaun 2 KWSP

Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (Twitter @PTPTPNOfficial), pihak PTPTN telah berkongsi salah satu cara untuk membuat pembayaran balik bagi mereka yang mempunyai hutang pinjaman pendidikan tersebut.

Pihak PTPTN mendedahkan peminjam kini boleh menggunakan Akaun 2 dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melunaskan hutang PTPTN.

Lebih menarik lagi, terdapat diskaun yang diberikan kepada mereka yang membayar balik pinjaman menggunakan Akaun 2 KWSP.

Tetapi sebelum membuat pembayaran melalui Akaun 2 KWSP, anda perlu membuat dua perkara di bawah iaitu:

#1. Semak Baki Pinjaman

Anda boleh menyemak baki pinjaman hutang PTPTPN di menerusi aplikasi myPTPTN dengan memasukkkan nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk masuk.

Kemudian, klik pada ‘Semakan Penyata’ dan pilih penyata tahunan terkini.

#2. Tentukan Kadar Bayaran

Sebelum membuat pembayaran, anda perlu menentukan jumlah pinjaman yang mahu dilunaskan.

Mereka yang membuat penyelesaian penuh pinjaman akan mendapat diskaun sebanyak 10%.

Jika anda melunaskan 50% daripada baki hutang dalam sekali pembayaran juga akan menerima potongan harga sebanyak 10%.


Cara Untuk Membuat Pembayaran PTPTN Melalui Akaun 2 KWSP

Sumber: MalayMail

Selain menggunakan Akaun 2 KWSP milik peminjam, kaedah pembayaran balik hutang pinjaman PTPTN ini juga boleh menggunakan akaun milik pasangan atau ibu bapa yang merupakan ahli KWSP.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

#1. Log Masuk Ke Dalam Akaun

Anda boleh melayari laman web KWSP atau menggunakan aplikasi KWSP i-Akaun untuk log masuk ke dalam akaun.

#2. Permohonan Pengeluaran

Pilih ‘Pengeluaran’ pada menu utama dan klik ‘Permohonan Baharu’. Kemudian pilih jenis pengeluaran ‘Pendidikan’ dan lengkapkan maklumat pengajian sebelum klik ‘Seterusnya’.

#3. Lengkapkan Maklumat Ahli dan Amaun Kelayakan​

Lengkapkan beberapa maklumat berikut:

  • Maklumat peribadi
  • Maklumat perhubungan
  • Maklumat pengeluaran
  • Butiran pembayaran balik

Selepas selesai, klik ‘Seterusnya’.

#4. Semakan Ringkasan Permohonan Pengeluaran​

Semak maklumat permohonan dan klik ‘Permohonan TAC’. Kemudian, masukkan nombor TAC di SMS dan klik ‘Hantar’. Jika maklumat sudah lengkap, klik ‘Setuju’ untuk membuat perakuan diri.

#5. Pengesahan Permohonan Pengeluaran ​

Status permohonan yang berjaya akan dihantar menerusi SMS atau melalui mesej sekuriti inbox di i-Akaun KWSP.

#6. Hadir ke Pejabat Cawangan KWSP â€‹

Peminjam perlu hadir ke pejabat KWSP untuk melakukan proses pengesanan Cap Ibu Jari (CIJ) bersama dokumen yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

Selepas pihak PTPTN telah memproses maklumat tersebut, transaksi akan mengambil masa dalam tempoh 7-14 hari bekerja.

Pihak PTPTN juga menjelaskan bahawa permohonan ini boleh dilakukan lebih daripada sekali selagi mana Akaun 2 KWSP mempunyai wang di dalamnya.

Peminjam boleh membuat permohonan dengan kaedah yang sama seperti permohonan kali pertama.

Sumber: Reddit

Pembayaran Pinjaman PTPTN Juga Boleh Dibuat Menerusi Aplikasi myPTPTN

Untuk memudahkan urusan pembayaran semula pinjaman PTPTN, anda juga boleh melakukannya dengan memuat turun aplikasi myPTPTN.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Muat Turun Aplikasi myPTPTN di Playstore atau Appstore.
  2. Log Masuk ID dan Kata Laluan Aplikasi myPTPTN.
  3. Klik Menu Loan Repayment (Bayaran Balik Pinjaman).
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Peminjam.
  5. Masukkan Jumlah Bayaran.
  6. Pilih Saluran Bayaran FPX Online Banking atau Debit atau Kredit Kad.
  7. Log masuk perbankan internet atau telefon mudah alih untuk pelbagai pilihan bank.

BACA JUGA: myPTPTN: Aplikasi Mudah Untuk Buat Bayaran Balik Pinjaman PTPTN


Diskaun Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN Sehingga Mac 2024

Bagi menggalakkan graduan membuat bayaran balik pinjaman pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kerajaan melalui Belanjawan 2024 sekali lagi meneruskan insentif pemberian diskaun bayaran balik bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024.

Walau bagaimanapun, kadarnya adalah berbeza mengikut jumlah bayaran yang dibuat iaitu kadar diskaun 10% bagi bayaran penuh pinjaman dan bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki pinjaman sekali bayaran serta diskaun sebanyak 15% bagi bayaran yang dibuat secara potongan gaji atau bayaran terus secara berjadual.

Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2024: KPT Dapat RM16.3 Bilion, Berikut Merupakan Senarai Peruntukan

Baca Artikel Berkaitan: Ini Langkah Mudah Untuk Anda Dapatkan 10% Diskaun Bayaran Pinjaman PTPTN

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Belum Cadang Mahu Mansuhkan Hutang Pinjaman PTPTN Bersasar – KPT


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd