Ini Langkah Mudah Untuk Anda Dapatkan 10% Diskaun Bayaran Pinjaman PTPTN
Diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN ini merupakan salah satu insentif kerajaan dalam Bajet 2022.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bila tamat pengajian di universiti, mesti ramai yang dah mula untuk membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Pinjaman ini boleh dikatakan antara hutang terawal yang perlu dilunaskan oleh para graduan selepas tamat belajar.
Hutang wajib dibayar ya.
Kerajaan beri insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN
Terbaru, kerajan telah menawarkan insentif sebanyak 10% diskaun untuk pembayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November.
Tawaran diskaun itu diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan diberikan sehingga April 2022.
Namun, potongan harga ini hanya diberikan kepada peminjam yang membuat pembayaran balik secara auto debit atau potongan gaji sahaja.
Macam mana nak dapatkan diskaun 10% ini? Senang sahaja.
Anda perlu lakukan beberapa langkah mudah seperti yang dimuat naik di laman Facebook SSPN-i Plus PTPTN.
Ikuti langkah seperti berikut:
- Log masuk semakan penyata pinjaman di https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login.

- Cari semak penyata baki.

- Cari mohon debit terus.

- Isi maklumat serta amaun dan paut bersama dengan akaun online banking.
Selain insentif ini, PTPTN turut memberikan tawaran diskaun kepada peminjam yang ingin membuat pembayaran habis pinjaman tersebut.
Boleh semak di laman web SSPN i-Plus untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Macam mana kalau terlupa kata laluan?
Untuk anda yang terlupa kata laluan, boleh hubungi admin pegawai PTPTN untuk mencipta semula kata laluan yang baharu.
Boleh layari laman web https:/sspniplus.com/my/hubungi-kami/
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.