Now Reading
myPTPTN: Aplikasi Mudah Untuk Buat Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

myPTPTN: Aplikasi Mudah Untuk Buat Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Untuk langkah pertama, anda hanya perlu memuat turun Aplikasi myPTPTN di Playstore/Appstore.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Apabila seseorang itu sudah menamatkan pengajian di universiti, pasti ramai yang sudah mula untuk membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kan?

Oleh itu, untuk memudahkan lagi peminjam membuat bayaran balik pinjaman PTPTN, anda disarankan untuk memuat turun aplikasi myPTPTN.

BACA JUGA: Bajet 2023: Diskaun Bayaran Balik PTPTN Bermula 1 Nov 2022 Hingga 30 April 2023

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk memuat turun aplikasi myPTPTN ini:

  1. Muat Turun Aplikasi myPTPTN di Playstore/Appstore.
  2. Log Masuk ID dan Kata Laluan Aplikasi myPTPTN.
  3. Klik Menu Loan Repayment (Bayaran Balik Pinjaman).
  4. Masukkan No Kad Pengenalan Peminjam.
  5. Masukkan Jumlah Bayaran.
  6. Pilih Saluran Bayaran FPX Online Banking atau Debit/Kredit Kad.
  7. Log masuk perbankan internet/telefon mudah alih untuk pelbagai pilihan bank.

Itu sahaja! Mudah, bukan?

Selepas itu, anda boleh screenshot setelah transaksi berjaya dilakukan untuk semakan/rekod tersendiri. Sebarang pertanyaan, boleh klik terus DI SINI.


Untuk rekod, pada 7 Oktober lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membuat pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat berjumlah RM372.3 bilion.

Menerusi pembentangan sama, beliau turut mengumumkan beberapa inisiatif bantuan kepada rakyat Malaysia termasuklah kepada individu yang membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

BACA JUGA: Bajet 2023: Ini Antara Senarai Inisiatif & Bantuan Kerajaan Kepada Rakyat Malaysia

Diskaun bayaran balik PTPTN akan diberikan bermula 1 November 2022 sehingga 30 April 2023. Antara kategori diskaun yang diumumkan adalah:

  • 20% untuk penyelesaian penuh.
  • 15% untuk penyelesaian (50% baki hutang).
  • 15% untuk bayaran secara potongan gaji.

BACA JUGA: KPT: Tiada Kuota Kaum, Layanan Atasan & Pemilihan Automatik Kemasukan Ke Universiti Awam

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd