Kerajaan Belum Cadang Mahu Mansuhkan Hutang Pinjaman PTPTN Bersasar – KPT
Pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) belum dipersetujui kesemua parti politik dalam kerajaan campuran kerana ia melibatkan sejumlah RM42.34 bilion.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Ketika melanjutkan pengajian di universiti, ramai anak muda di Malaysia yang membuat pinjaman pendidikan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Dengan adanya pinjaman PTPTN ini, ia membolehkan para pelajar untuk membayar yuran pengajian, buku, alat pembelajaran, wang saku dan sebagainya.
Kemudian setelah tamat pengajian di universiti, mereka yang membuat pinjaman PTPTN tersebut dikehendaki untuk melunaskan hutang berkenaan.
Belum Ada Lagi Pemansuhan Pinjaman PTPTN Kepada Mana-mana Golongan Sasaran
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu kenyataan menegaskan bahawa pihak kerajaan ketika ini masih tiada sebarang rancangan untuk memansuhkan hutang pinjaman PTPTN secara bersasar melibatkan golongan miskin dan isi rumah B40.
Menurut beliau, tindakan memansuhkan hutang pinjaman itu akan melibatkan jumlah yang sangat besar.
Cadangan pemansuhan pinjaman PTPTN bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah B40 akan melibatkan seramai 1.84 juta peminjam dengan jumlah pemansuhan atau pelupusan sebanyak RM42.34 bilion.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Tambah beliau lagi, kerajaan kini yang terbentuk daripada campuran pelbagai parti politik tidak menawarkan manifesto yang sama sebelum ini.
Hasil perbincangan kesemua parti politik adalah mereka hanya akan menerima pakai sebarang manifesto yang sama ditawarkan oleh semua pihak sahaja.
Walau bagaimanapun, tidak semua parti politik yang membentuk Kerajaan sedia ada menawarkan perkara sama berkaitan PTPTN. Oleh itu, saya menyeru kepada semua ahli politik dari mana-mana blok untuk berhenti mempolitikkan tentang PTPTN.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Inisiatif Untuk Bantu Peminjam PTPTN Dari Golongan Miskin Dan Isi Rumah B40
Sehingga kini, terdapat pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan bagi memudahkan peminjam PTPTN dari golongan miskin dan isi rumah B40 untuk membuat pembayaran semula.
Antaranya:
- Penangguhan pembayaran balik sekiranya menyambung pengajian atau belum mendapat pekerjaan.
- Penstrukturan atau penjadualan semula pembayaran balik pinjaman mengikut kemampuan peminjam.
- Pemberian diskaun bayaran balik sekiranya melakukan pembayaran secara sekaligus.
- Pembayaran semula pinjaman PTPTN hanya bermula selepas 12 bulan peminjam menamatkan pengajian.
Pembayaran Pinjaman PTPTN Boleh Dibuat Menerusi Aplikasi myPTPTN
Untuk memudahkan urusan pembayaran semula pinjaman PTPTN, anda boleh melakukannya dengan memuat turun aplikasi myPTPTN.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Muat Turun Aplikasi myPTPTN di Playstore atau Appstore.
- Log Masuk ID dan Kata Laluan Aplikasi myPTPTN.
- Klik Menu Loan Repayment (Bayaran Balik Pinjaman).
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Peminjam.
- Masukkan Jumlah Bayaran.
- Pilih Saluran Bayaran FPX Online Banking atau Debit atau Kredit Kad.
- Log masuk perbankan internet atau telefon mudah alih untuk pelbagai pilihan bank.
Senang kan?
BACA JUGA: myPTPTN: Aplikasi Mudah Untuk Buat Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.