Now Reading
Ahli KWSP Boleh Guna Akaun 2 Untuk Beli Insurans & Produk Takaful Untuk Ahli Keluarga

Ahli KWSP Boleh Guna Akaun 2 Untuk Beli Insurans & Produk Takaful Untuk Ahli Keluarga

Pada 12 Julai 2022, kerajaan telah melancarkan i-Lindung untuk melindungi pencarum dan keluarga dalam mendepani situasi yang tidak terduga atau luar kawalan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sudah menjadi kewajipan buat semua individu yang bekerja di sektor swasta untuk mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Caruman ini dilakukan sebagai salah satu inisiatif yang akan membantu rakyat Malaysia apabila mereka telah bersara kelak.

Meskipun ia adalah hak seseorang individu namun caruman di dalam KWSP ini tidak boleh dikeluarkan sesuka hati tanpa tujuan tertentu atau dibenarkan oleh kerajaan.

KWSP beri kebenaran guna Akaun 2 untuk beli insurans ahli keluarga

Terbaharu, KWSP mengumumkan pelancaran i-Lindung Fasa 2 yang memberi kebenaran kepada pencarum untuk menggunakan Akaun 2 bagi membuat pembelian produk insuran hayat serta penyakit kritikal secara takaful kepada ahli keluarga.

Mana-mana pencarum yang berminat untuk membuat pembelian atau menyertai produk takaful yang ditawarkan daripada syarikat insurans dan pengendali takaful yang diluluskan KWSP untuk diri mahupun ahli keluarga boleh melakukan perkara tersebut menerusi platform i-Lindung di aplikasi KWSP i-Akaun.

Kerajaan sebelum ini telah melancarkan i-Lindung pada 12 Julai 2022 bagi melindungi pencarum dan keluarga mendepani situasi tidak diduga atau luar kawalan.

Lebih 102,301 ahli KWSP beli polisi dan produk takaful menggunakan platform KWSP

Sejak pelancarannya itu sehinga Disember 2023, seramai lebih daripada 102,301 ahli KWSP telah membeli sebanyak 118,166 polisi serta produk takaful menggunakan platform terbabit.

Perlindungan yang dibeli oleh ahli termasuk insurans hayat serta penyakit kritikal pada premium yang berpatutan.

Menurut laporan Dagang News yang memetik New Straits Times, KWSP telah memperkenalkan peningkatan yang penting untuk memberi tumpuan terhadap pengurusan polisi dan sijil yang meliputi kepada perlindungan lanjutan melebihi satu tahun.

Platform KWSP turut dinaik taraf dan ia tidak hanya menawarkan ciri seperti pengurusan dasar yang diperkemaskan tetapi pembayaran berulang yang mudah bagi perlindungan pada jangka panjang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd