Now Reading
AirAsia Diiktiraf Salah Satu Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Paling Selamat Tahun 2023

AirAsia Diiktiraf Salah Satu Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Paling Selamat Tahun 2023

AirAsia diiktiraf dengan tahap keselamatan dan integriti operasi terhadap Covid-19 secara keseluruhan dengan penilaian 7/7 bintang daripada pakar keselamatan industri penerbangan di airlineratings.com.

AirAsia Diiktiraf Salah Satu Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Paling Selamat Tahun 2023

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


AirAsia Aviation Group sekali lagi diiktiraf sebagai salah satu daripada 20 syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat di dunia untuk tahun 2023. 

AirAsia Malaysia (AK), AirAsia Thailand (FD) dan AirAsia Filipina (Z2) serta syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X Malaysia (D7) dan Thai AirAsia X (XJ) telah diiktiraf dengan tahap keselamatan dan integriti operasi terhadap Covid-19 secara keseluruhan dengan penilaian 7/7 bintang daripada pakar keselamatan industri penerbangan di AirlineRatings.com.

AirAsia Diiktiraf Salah Satu Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Paling Selamat Tahun 2023

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia Aviation Group Limited Bo Lingam berkata, keselamatan adalah faktor penentu utama bagi para pengembara dan juga merupakan kunci utama yang mempengaruhi reputasi mana-mana syarikat penerbangan terutamanya selepas pandemik.

“Kami akan terus mengekalkan standard keselamatan tertinggi pada setiap masa dan ingin mengucapkan terima kasih kepada pakar penerbangan di Airlineratings.com atas pengiktirafan mereka.

“Dalam tempoh sekatan perjalanan pada dua tahun lalu, kami telah memperkenalkan pelbagai inovasi dan prosedur tanpa sentuhan untuk menjadikan penerbangan lebih lancar dan bersih.

“Semua langkah ini membantu memulihkan keyakinan dalam perjalanan udara dan merangsang pengguna untuk terbang bersama kami.”

Ketua Pengarang dan Pengasas Airlineratings.com Geoffrey Thomas juga memuji AirAsia kerana terus mengutamakan aspek keselamatan dan integriti operasi terhadap Covid-19.

Semua syarikat penerbangan yang diiktiraf juga telah lulus audit keselamatan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) utama – IOSA, yang meliputi lebih daripada 1,060 parameter dan merupakan penanda aras global untuk mengekalkan standard keselamatan tertinggi. 

“Kami tidak sabar untuk melihat AirAsia terus terbang tinggi pada masa hadapan berikutan pemulihan sektor perjalanan udara yang pantas.”


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd