Now Reading
AirAsia Sekali Lagi Dinobat Sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2023

AirAsia Sekali Lagi Dinobat Sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2023

Ini adalah kemenangan yang wajar, kata Ketua Pengarang AirlineRatings.com.

AirAsia Diiktiraf Salah Satu Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Paling Selamat Tahun 2023

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Kumpulan syarikat penerbangan AirAsia termasuk AirAsia Malaysia, AirAsia Thailand, AirAsia Filipina dan kumpulan syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X Malaysia dan AirAsia X Thailand telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia oleh AirlineRatings.com pada Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan tahunannya.

BACA JUGA: AirAsia Diiktiraf Salah Satu Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Paling Selamat Tahun 2023

BACA JUGA: [Ekslusif] Co-Pilot AirAsia X Kongsi Berpuasa Sambil Bekerja Ajar Untuk Lebih Bersabar & Teliti

AirAsia menerusi satu kenyataan memaklumkan syarikat yang dilancarkan pada tahun 2001 oleh Datuk Kamarudin Meranun dan Tan Sri Tony Fernandes dengan hanya dua buah pesawat telah mengalami pertumbuhan menakjubkan sejak dua dekad lalu.

Mengulas lanjut, AirAsia turut menjelaskan bahawa kecemerlangan syarikat penerbangan yang berpangkalan di Asean ini adalah salah satu kisah kejayaan besar industri penerbangan.

Terutamanya apabila ia terpaksa menghadapi pelbagai krisis, ditambah pula dengan cabaran kekangan oleh kerajaan tempatan untuk melindungi syarikat penerbangan nasional masing-masing.

Syarikat-syarikat penerbangan di bawah Kumpulan AirAsia juga dikatakan terus melakar sejarah dalam industri penerbangan di Asia dan global.

BACA JUGA: “Red Meets Pink” – airasia Superapp & foodpanda Berkolaborasi, Tawar Servis Lebih Baik


Kemenangan Yang Amat Wajar, kata Ketua Pengarang AirlineRatings.com

Tan Sri Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail telah melakukan tugas yang cemerlang dalam membimbing kumpulan syarikat penerbangan ini untuk mendominasi pasaran mereka. Kumpulan syarikat penerbangan ini telah menjadikan perjalanan mampu milik untuk ratusan juta penumpang di seluruh Asia, dan mereka menawarkan nilai yang luar biasa serta pengalaman perjalanan yang hebat.

Ketua Pengarang AirlineRatings.com Geoffrey Thomas.

Dalam masa yang sama, Tony Fernandes selaku CEO Capital A meluahkan rasa rendah diri untuk menerima anugerah ini selepas melalui antara cabaran terbesar dalam sejarah industri penerbangan.

Beliau turut berterima kasih kepada pakar di AirlineRatings.com atas sokongan berterusan mereka yang menghargai kecemerlangan penerbangan.

Sebagai sebuah platform ekosistem penerbangan dan pengembaraan terkemuka, kami akan terus memberikan nilai terbaik merentas semua perniagaan kami, termasuk platform airasia Superapp (yang mempunyai syarikat penerbangan, hotel, e-panggilan, makanan), teknologi kewangan, penyelenggaraan pesawat, dan kargo, yang merupakan antara yang paling pesat berkembang di rantau Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes.

Untuk rekod, pada Januari lalu, AirAsia Malaysia (AK), AirAsia Thailand (FD) dan AirAsia Filipina (Z2) serta syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X Malaysia (D7) dan Thai AirAsia X (XJ) telah diiktiraf dengan tahap keselamatan dan integriti operasi terhadap Covid-19 secara keseluruhan dengan penilaian 7/7 bintang daripada pakar keselamatan industri penerbangan di AirlineRatings.com.

Ketua Pengarang dan Pengasas Airlineratings.com Geoffrey Thomas juga memuji AirAsia kerana terus mengutamakan aspek keselamatan dan integriti operasi terhadap Covid-19.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd