Now Reading
Palam Pintu Pesawat ‘Made In Malaysia’ Milik Alaska Airlines Jadi Tanda Tanya Netizen

Palam Pintu Pesawat ‘Made In Malaysia’ Milik Alaska Airlines Jadi Tanda Tanya Netizen

Pintu pesawat Alaska Airlines itu dipercayai tercabut ketika dalam perjalanan ke Ontario, California pada 5 Januari lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, masyarakat dunia digemparkan dengan insiden pesawat penerbangan Alaska Airlines 1282 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Portland ke Ontario, California yang menghadapi masalah ketika di udara.

Memetik CNBC, insiden yang berlaku pada 5 Januari lalu itu mengakibatkan pintu pesawat Boeing Model 737-9 Max tercabut ketika berada di ruangan udara beraltitud 16,000 kaki (4,877 meter).

Walau bagaimanapun, tiada kemalangan dilaporkan melibatkan 174 penumpang dan enam anak kapal Alaska Airlines ketika insiden terjadi.

Ketika kejadian berlaku, pesawat berkenaan berjaya untuk berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Portland.

Penumpang dikatakan hanya kehilangan beberapa barang peribadi mereka seperti telefon bimbit dan pakaian apabila terdapat ruang udara akibat pintu kapal terbang yang tercabut.

Terbaharu, Oregon Public Broadcasting (OPB) melaporkan sebuah pintu pesawat telah ditemui oleh seorang guru dikenali sebagai Bob Sauer pada 7 Januari lalu berhampiran halaman rumahnya.

Selepas terkejut dengan penemuan itu, Sauer telah menghubungi pihak Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) untuk membuat laporan.

Sumber: Facebook Larry Hurst

Susulan itu, pihak NSTB menghantar wakil mereka bagi memeriksa kesahihan pintu pesawat berkenaan dan agak terkejut apabila bahagian kapal terbang itu masih dalam keadaan baik.

Hasil pemeriksaan mendapati bahawa palam pintu itu tertera beberapa maklumat termasuklah nombor siri yang dipercayai ditulis menggunakan pen marker berwarna hitam yang bersifat kekal (permanent).

Apa yang mengejutkan apabila nama Malaysia tiba-tiba dikaitkan dengan penemuan palam pintu pesawat milik syarikat penerbangan Alaska Airlines itu.

Ini kerana maklumat pada pintu pesawat berkenaan didakwa dibuat di Malaysia apabila terdapat tulis tangan ‘Made In Malaysia’.

Sumber: Facebook Larry Hurst

Siasatan Sedang Dijalankan

Buat masa ini, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA) telah menggesa siasatan rasmi berkaitan kes tersebut dan menegaskan bahawa kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi .

Penyiasatan itu juga akan melibatkan pemeriksaan melibatkan pengeluar pesawat sama ada mereka mematuhi reka bentuk yang diluluskan dan berada dalam keadaan untuk operasi selamat mengikut peraturan FAA.

Sumber: OPB

Menteri Pengangkutan Malaysia Belum Beri Sebarang Kenyataan Rasmi

Memetik News Strait Times, Kementerian Pengangkutan memaklumkan masih tiada perkembangan terbaharu mengenai kes yang berlaku sehingga ke hari ini (12 Januari).

Menteri Pengangkutan Anthony Loke juga tidak dapat memberikan maklumat terkini kerana belum mengesahkan sama ada maklumat yang ditulis itu sah atau tidak.

Tambah Anthony lagi, laporan berita itu hanya berdasarkan saksi mata sahaja.

“Kami akan meminta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk meneliti perkara itu jika kami menerima sebarang laporan rasmi daripada syarikat penerbangan berkenaan,” kata Anthony.

Sebagai rekod, Malaysia juga mempunyai beberapa insiden melibatkan nahas pesawat dan kapal terbang.

Antara kes terbaharu yang berlaku pada tahun lalu adalah nahas pesawat kedua yang terhempas di Elmina selepas tempoh 46 tahun.

Baca Artikel Berkaitan: Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina Berlaku Kali Kedua Selepas Tempoh 46 Tahun

Sebelum itu juga Malaysia telah terlibat dengan insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak di Ukraine pada tahun 2014 iaitu empat bulan selepas kes kehilangan MH370.

Baca Artikel Berkaitan: Mengingati MH370: Hampir 9 Tahun Lenyap, Kepulangan Masih Dinanti-nanti

Baca Artikel Berkaitan: Genap 9 Tahun Tragedi MH17, Malaysia Komited Cari Keadilan Buat Mangsa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd