Now Reading
Genap 9 Tahun Tragedi MH17, Malaysia Komited Cari Keadilan Buat Mangsa

Genap 9 Tahun Tragedi MH17, Malaysia Komited Cari Keadilan Buat Mangsa

Meskipun Mahkamah Belanda telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada tiga orang suspek, namun Malaysia tidak akan berhenti untuk mencari keadilan buat mangsa tragedi MH17.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Tarikh 17 Julai pada hari ini menandakan genap sembilan tahun berlakunya tragedi meruntun jiwa di mana kapal terbang milik Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh di Ukraine pada tahun 2014.

Tragedi MH17 ini telah meragut 283 mangsa dan 15 anak kapal dalam pesawat Boeing 777 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Kejadian malang tersebut merupakan insiden kedua pada tahun yang sama bagi penerbangan Malaysia selepas tragedi kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014 yang masih tiada khabar berita sehingga ke hari ini.

BACA JUGA: Mengingati MH370: Hampir 9 Tahun Lenyap, Kepulangan Masih Dinanti-nanti


Apa Sebenarnya Yang Berlaku Kepada Pesawat MH17?

Penerbangan MH17 dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Schipol di Amsterdam pada 17 Julai 2014 pada jam 10:31 pagi dan dijangka mendarat 17 jam selepas itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sekitar jam 10:10 malam.

Namun, pihak penerbangan Malaysia mengesahkan bahawa mereka terputus hubungan dengan pesawat MH17 ketika kapal terbang itu berada kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.

Menurut laporan Astro Awani, pesawat MH17 telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara oleh puak pemusnah bersenjata pada ketika itu pada ketinggian 10,000 meter.

Tembakan berpeluru itu mengakibatkan pesawat dilaporkan terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

Bangkai dan cebisan pesawat ditemui bertebaran sekitar 15 meter di kawasan tersebut.


Mangsa Yang Terkorban Ketika Tragedi MH17

Penerbangan Malaysia mengesahkan kesemua 298 individu di dalam kapal terbang maut dan tiada yang selamat.

Fail TRP

Pecahan penumpang dan anak kapal mengikut kewarganegaraan adalah seperti di bawah:

  • Belanda (193 orang)
  • Malaysia (43 orang)
  • Australia (27 orang)
  • Indonesia (12 orang)
  • United Kingdom (10 orang)
  • Jerman (4 orang)
  • Belgium (4 orang)
  • Filipina (3 orang)
  • Kanada (1 orang)
  • New Zealand (1 orang)

Difahamkan, nenek tiri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu Siti Amirah Kusuma berumur 83 tahun juga menjadi korban dalam nahas MH17.


Siasatan Dilakukan Bagi Mengetahui Dalang Sebenar Tragedi MH17

Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) yang terdiri daripada Belanda, Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine telah melakukan penyiasatan terhadap tragedi pesawat MH17 yang ditembak di ruang udara Ukraine pada 2014.

Hasil siasatan mendapati bahawa tiga orang suspek iaitu dua rakyat Rusia dan seorang warga Ukraine telah menjadi dalang kepada insiden tembakan peluru berpandu yang menjatuhkan kapal terbang MH17.

Memetik laporan Kosmo, tiga suspek berkenaan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Hague Belanda pada November 2022.

Ketiga-tiga suspek adalah:

  • Igor Girkin
  • Sergei Dubinsky
  • Leonid Kharchenki

Mereka didapati tidak menekan picu untuk melancarkan serangan tetapi membantu untuk membawa peluru berpandu BUK tersebut ke Ukraine.

Kami akan mendedahkan keputusan siasatan berterusan mereka terhadap beberapa pihak lain yang terlibat menembak jatuh pesawat MH17.

Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT)

Walau bagaimanapun, pihak yang menyebabkan pesawat MH17 ditembak jatuh masih belum diketahui.

BACA JUGA: Dalang Sebenar Tembak Jatuh Pesawat MH17 Akan Didedahkan


Kementerian Pengangkutan Malaysia Tidak Mahu Putus Asa Tuntut Keadilan

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Kementerian Pengangkutan Malaysia (Ministry of Transport Malaysia), pihak mereka akan terus komited untuk menuntut keadilan buat mangsa tragedi pesawat MH17.

Kementerian tersebut menerusi kenyataan yang dikeluarkan berkata keadilan bagi semua pihak terlibat akan menjadi keutamaan mereka.

Meskipun Mahkamah Hague Belanda telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada tiga orang suspek terlibat, tetapi itu tidak membuatkan kementerian berkenaan untuk berhenti berusaha untuk mencari keadilan.

Kami berharap lebih banyak perkara dapat dibuktikan menerusi sesi pendengaran berkaitan penyelesaian pertikaian pihak terlibat yang akan diteruskan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd