Now Reading
“Siasatan Nahas Pesawat Elmina Jadi Rumit Kerana Tiada Perakam Data Penerbangan (FDR)” – Pakar Penerbangan

“Siasatan Nahas Pesawat Elmina Jadi Rumit Kerana Tiada Perakam Data Penerbangan (FDR)” – Pakar Penerbangan

Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terlibat dalam nahas berkenaan tidak mempunyai perakam data penerbangan (FDR) dan hanya mempunyai perakam suara kokpit (CVR).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 17 Ogos minggu lalu, negara digemparkan dengan nahas pesawat terhempas di Elmina yang mengorbankan sepuluh nyawa. Sehubungan dengan itu, siasatan ke atas nahas tersebut telah segera bermula.

Artikel Berkaitan: Pesawat Bawa 8 Penumpang Terhempas Di Elmina, Langgar Motosikal & Kereta

Inspektor Jeneral Razarudin Husain berkata hasil semakan dengan pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) mendapati pesawat tersebut hanya mempunyai perakam suara kokpit (CVR) dan tiada perakam data penerbangan (FDR).

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Transport Safety Investigation Bureau (TSIB) Singapura telah berjaya mendapatkan kepingan memori (memory puck) dari dalam CVR.

Memandangkan Malaysia tidak mempunyai kelengkapan untuk mendapatkan data dari dalam kepingan memori berkenaan, ia dihantar ke Singapura untuk dianalisis.

Namun begitu, makmal di Singapura gagal mendapatkan matlumat di dalamnya akibat kepingan memori telah rosak teruk. Ia akan dihantar ke satu makmal di Florida kepunyaan pengilang CVR itu.


Siasatan Bertambah Rumit Dengan Ketiadaan FDR

Sumber melaporkan siasatan nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terbabit menjadi lebih rumit dan akan mengambil masa lebih panjang kerana ia tidak mempunyai FDR.

Menurut Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, FDR bertanggungjawab merakam semua pergerakan teknikal pesawat berkaitan arah, kelajuan, kemudi dan pengendali sama ada manusia atau auto-pilot, yang menjadikannya amat penting.

FDR merakam semua pergerakan termasuk pergerakan ke tandas, menekan butang pada kerusi, juruterbang ada di tempat duduk atau tidak bertujuan merungkai kronologi kejadian sekiranya berlaku tragedi.

Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain.

Nik Huzlan berkata pesawat Beechcraft hanya mempunyai CVR yang merekod segala bunyi di dalam kokpit. Maklumat di dalam CVR yang masih elok dapat dianalisis dalam masa lebih kurang seminggu.

Undang-undang Malaysia menetapkan supaya pesawat mempunyai FDR dan CVR untuk beroperasi. Walau bagaimanapun, pesawat terbabit menggunakan nombor pendaftaran Amerika Syarikat.

Nombor pendaftaran pesawat itu masih tidak ditukar di mana menggunakan Amerika Syarikat (AS) iaitu N-28JV dan bukannya 9M jika berdaftar di Malaysia. Biasanya ia pesawat sewa.

Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain.

Anthony Loke Sangkal Dakwaan Campur Tangan MOT

Anthony Loke ketika ditemui sewaktu sidang akhbar selepas melancarkan Seminar Keselamatan Penerbangan hari ini menyangkal dakwaan yang timbul bahawa kementeriannya mencampuri siasatan nahas pesawat itu.

Terdapat pihak yang mendakwa sebagai ‘pakar-pakar’ berkata supaya perkara tersebut diserahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Menurutnya, siasatan ke atas nahas pesawat itu merupakan tanggungjawab BSKU yang terletak di bawah MOT.

Biro ini melaporkan terus kepada Menteri Pengangkutan, dan ia berada dalam struktur yang ditetapkan malah, CAAM juga tidak terbabit dalam siasatan kerana ia adalah entiti yang menjaga protokol dan standard keselamatan manakala BSKU, bertanggungjawab bila berlaku keselamatan udara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Sumber: Free Malaysia Today | Malay Mail | Kosmo | Berita Harian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd