Now Reading
Tular Alif Satar Didakwa Buat Persembahan Dalam Gereja, Individu Ini Tampil Beri Penjelasan

Tular Alif Satar Didakwa Buat Persembahan Dalam Gereja, Individu Ini Tampil Beri Penjelasan

Konsert jelajah United Kingdom oleh Alif Satar & The Locos itu telah diadakan di 28 April di St John’s, Hyde Park, London serta ditaja sepenuhnya oleh GB Gold.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti kita semua sedia maklum, setiap agama mempunyai tempat beribadah mereka yang tersendiri seperti kuil, gereja dan masjid.

Lokasi-lokasi ini bukan sahaja digunakan untuk tujuan beribadat, tetapi ada juga yang menggunakan tempat tersebut sebagai ruang majlis ilmu, perkahwinan dan sebagainya.

Berbicara tentang perkara tersebut, baru-baru ini artis tempatan terkenal, Alif Satar telah menerima kecaman susulan tindakannya yang dikatakan membuat persembahan di dalam sebuah gereja.


Alif Satar Dikatakan Buat Persembahan Dalam Gereja

Menerusi TikTok, tular sebuah video yang mendakwa Alif Satar bersama kumpulan The Locos telah mengadakan satu persembahan konsert di dalam sebuah lokasi yang kelihatan seperti gereja di kota London.

Pengguna TikTok berkenaan juga telah mengecam tindakan penyanyi itu selepas dipercayai kecewa melihat tindakan Alif Satar yang sebelum ini rancak mempromosikan program ‘Subuh Macam Jumaat’ di seluruh Malaysia.

Berdasarkan pemerhatian kami, video terbabit walau bagaimanapun telah dipadam oleh pemiliknya.


Ini Respon Dari Individu Yang Terlibat Dalam Persembahan Tersebut Di London

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@zaidan_zainuddin), lelaki ini berpendapat bahawa masyarakat negara kita terlalu cepat melatah selepas melihat lokasi persembahan konsert yang dipilih oleh kumpulan tersebut.

Jelasnya, gereja berkenaan sebenarnya adalah sebuah dewan komuniti yang boleh disewakan untuk mengadakan apa-apa program.

Orang kita cepat melatah, isu Alif buat konsert kat gereja. Hangpa tahu tak gereja yang event organizer sewa ni adalah pusat komuniti atau tempat event yang memang untuk disewakan.

Zaidan Zainuddin.

Malah ketika lelaki ini mahu meninjau lokasi sehari sebelum konsert, dia juga melihat ramai kanak-kanak berada di dalam dewan itu sebelum mendapat tahu bahawa mereka terlibat dalam sesi nurseri.

Masa aku pi hari recce sebelum concert day ada ramai budak-budak kat tengah-tengah space ni, depa tengah ada nursery session. Rasa macam pelik la juga, ni gereja ke dewan?

Zaidan Zainuddin.

Kata Zaidan, dia juga meluahkan rasa terkejut pada awalnya ketika mengetahui lokasi persembahan mereka.

Namun selepas dimaklumkan bahawa ia adalah dewan komuniti dan gereja berkenaan tidak mempunyai sebarang simbol tanda salib, tanggapannya mula berubah dan mula teringat kepada seni bina Islam yang pernah dipelajari.

Mula-mula aku sampai, adalah rasa terkejut buat show sini tapi bila tahu tempat ni memang event space dan gereja ni tak ada cross pun pasal ia adalah anglican church, so aku faham.

Zaidan Zainuddin.

Lelaki ini turut memberi pendapat bahawa masjid juga sepatunya menjadi pusat komuniti di mana orang ramai boleh berkumpul untuk melakukan aktiviti dan bukan sahaja digunakan sebagai ruang solat.

Dia juga tidak bersetuju dengan sesetengah pihak yang mempunyai pemikiran sempit bahawa masyarakat bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid.

Kenapa kita ada that narrow minded perspective yang non muslim tak boleh masuk kawasan masjid, orang islam tak boleh masuk church.

Zaidan Zainuddin.

Di akhir hantaran tersebut, Zaidan menegaskan bahawa Alif tidak akan membuat pemilihan lokasi persembahan tanpa menyelidik terlebih dahulu.

Turut peka dengan isu yang berlaku, Alif telah berkongsi juga hantaran yang dimuat naik oleh Zaidan di Instagram Story dan berterima kasih kepada rakannya itu.

Memetik sumber Kosmo, konsert jelajah United Kingdom oleh Alif Satar & The Locos itu telah diadakan di 28 April di St John’s, Hyde Park, London serta ditaja sepenuhnya oleh GB Gold.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Tentang Isu Alif Satar Buat Konsert Di London

Hantaran yang dimuat naik oleh rakan kepada Alif itu telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai yang rata-ratanya berpendapat bahawa ia adalah perkara normal di London apabila gereja juga berfungsi sebagai dewan komuniti setempat.

“Di luar negara biasa saja tu dah banyak kali dibuat pelbagai program tarbiah Islam dalam premis-premis sebegini,” kata netizen.

Sesetengah netizen juga berkongsi pengalaman dirinya yang juga pernah menyertai program yang dilakukan di dalam gereja.

Sementara itu, seorang netizen pula berpendapat perkara bahawa kecaman yang diterima ini mungkin disebabkan oleh pemikiran yang agak sempit oleh masyarakat.

“Dibesarkan dengan banyak larangan sampai jadi macam katak bawah tempurung. Bila nampak benda lain dari yang diajar, cap semua orang liberal,” ujar netizen.

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang menganggap tindakan Alif membuat konsert di lokasi terbabit boleh menimbulkan fitnah dan ia perlu dielakkan.

“Apa jua perkara yang berisiko menimbulkan fitnah, hendaklah sedaya upaya dielakkan kerana ia akan memberi kesan yang buruk,” kata netizen.

Sumber: Instagram

Boleh Ke Umat Islam Masuk Ke Dalam Rumah Ibadat Agama Lain?

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pihak mereka meringkaskan bahawa hukum seseorang Muslim memasuki rumah ibadat agama lain adalah diharuskan sekiranya mempunyai tujuan yang diharuskan syarak.

Sebagai contoh untuk tujuan berdakwah, memenuhi jemputan perkongsian ilmu melibatkan agama dan menghadiri majlis perkahwinan.

Baca Artikel Berkaitan: Bolehkah Umat Islam Ke Gereja & Rumah Ibadat Agama Lain? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP

Baca Artikel Berkaitan: Influencer Didakwa Ke Lokasi Seakan Gereja Dedah Lokasi Sebenar Bikin Ramai Terkejut


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd