“Nak Lawan Atau Lari?”- Lelaki Ini Kongsi Tips Berdepan Dengan Monyet Liar
Antara tips yang dikongsi oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Syafiq adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bila berbicara tentang haiwan liar, pasti ramai menyedari banyak sahaja monyet dilihat berkeliaran dalam kumpulan tidak kiralah di kawasan kampung atau bandar.
Dalam sesetengah kes, monyet yang agresif akan bertindak menyerang manusia untuk mempertahankan diri atau cuba mendapatkan sesuatu seperti makanan.
Perkara tersebut membuatkan individu yang diserang berasa panik kerana tidak tahu untuk berbuat apa. Ada juga yang sampai tercedera akibat serangan berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Momen Diserang Monyet Liar Hingga Bayi Jatuh Dari Stroller
Lelaki Kongsi Tips Berdepan Situasi Dengan Monyet Liar
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@syafiqbibs), apabila seorang lelaki dikenali sebagai Syafiq berkongsi cara-cara untuk berdepan dengan monyet liar sekiranya anda terserempak dengannya.
#1. Pegang Barang Di Tangan
Yang pertama sekali, pegang apa-apa jenis barang di tangan. Ia bertujuan untuk menunjukkan kepada monyet bahawa anda tidak takut.
Dalam situasi yang dikongsi oleh Syafiq, sekumpulan monyet dilihat mula mendekatinya sambil menunggu arahan daripada seekor monyet yang dikatakan ketua kepada mereka.

#2. Undur Ke Belakang
Yang kedua adalah mengundur ke belakang secara perlahan-lahan sambil memandang tepat kepada kelakuan ketua monyet tersebut. Menerusi klip video, kelihatan ketua monyet berkenaan berlari ke arah Syafiq dan memulakan serangan.

#3. Angkat Barang Yang Dipegang Di Tangan
Seterusnya, anda harus mengangkat tangan dan menunjukkan barang yang dipegang pada tangan seolah-olah mahu membaling ke arah monyet.
Itu sahaja tidak memadai, postur badan juga adalah penting. Pastikan badan anda menghadap sang monyet. Dalam masa sama, anda juga harus menunjukkan ekspresi muka yang marah sambil menunjukkan gigi.

Jika menyedari sang monyet mendekati diri anda, cepat-cepat berundur ke belakang bagi mempertahankan diri sendiri.
Perlu diingatkan juga bahawa monyet mungkin menyerang anda dengan cara yang sama berulang kali. Oleh disebabkan itu, anda harus berani mengulangi tips-tips yang disebut sebentar tadi sehinggalah haiwan tersebut berasa keliru dan tidak tahu untuk berbuat apa.
#4. Jangan Alihkan Pandangan
Selain itu, jangan pula mengalihkan pandangan dari monyet itu selagi mana anda masih tidak selamat dan berada di kawasan tersebut. Hal ini kerana, monyet boleh menyerang pada bila-bila masa.
Cara yang selamat untuk lari dari situasi berkenaan adalah dengan mengundur secara perlahan sehinggalah anda terlepas.
Tips tambahan yang diberikan oleh Syafiq adalah dengan segera keluar dari kawasan monyet sekiranya sudah ternampak dari jauh.
@syafiqbibs Fight or flight? 🥊✈️ #Kampung #CapCut ♬ Intense Music(850540) – Pavel
Kes Monyet Serang Penduduk Kampung
Sebelum ini, kes melibatkan monyet menyerang manusia pernah terjadi di beberapa lokasi antaranya di sebuah kampung sekitar Sibu, Sarawak.
Penduduk kampung berkata mereka telah diserang oleh monyet lebih dari dua minggu dan lapan orang telah digigit oleh sang monyet. Penghulu kampung berkata, monyet akan memasuki tingkap rumah yang tidak ditutup dengan rapat sewaktu mereka sedang tidur.

Memetik Sinar Harian, mangsa mengalami kecederaan ringan iaitu luka pada beberapa bahagian anggota badan.
Baca Artikel Berkaitan: Ditarik Ketika Dalam Dakapan Ibu, Bayi Berusia Setahun Maut Diserang Monyet Liar
Baca Artikel Berkaitan: Ingatkan Monyet, Individu Tembak Rakan Atas Pokok Ditahan Polis
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram