Kanak-kanak 8 Tahun Jadi Mangsa Dera Di Ampang Diselamatkan Oleh Bomba
Punca kanak-kanak berkenaan bertindak sedemikian adalah apabila mangsa dipercayai didera dan itu adalah cubaan untuk melarikan diri setelah dikurung di dalam sebuah bilik.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Semalam (16 September), orang awam telah dikejutkan dengan tindakan seorang kanak-kanak yang dilihat berdiri di tingkat empat sebuah kondominium di Ampang Jaya, Selangor.
Kejadian itu walau bagaimanapun disedari oleh orang awam sekitar jam 4.41 petang.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihak mereka memberitahu bahawa kanak-kanak tersebut telah berjaya diselamatkan.
Punca kanak-kanak berkenaan bertindak sedemikian adalah apabila mangsa dipercayai didera dan itu adalah cubaan untuk melarikan diri setelah dikurung di dalam sebuah bilik.

Sumber gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) 
Sumber gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Pintu bilik mangsa kemudiannya dipecahkan oleh pengawal keselamatan sebelum ketibaan pihak bomba.
Kes tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Polis Menahan Ibu Saudara & Suaminya
Menurut perkembangan kes sama, @redzuanNewsMPD menerusi Twitter pada jam 11:41 malam (16 September) memberikan kemaskini mengenai kejadian tersebut bahawa kini pihak polis telah menahan ibu saudara iaitu adik kepada ibu mangsa dan juga suaminya yang berusia 33 dan 29 tahun.
Malah, selain kanak-kanak 8 tahun itu, adiknya berusia 6 tahun turut didera.
Siasatan juga mendapati bahawa bapa mangsa sudah meninggal dunia, manakala si ibu enggan menjaga kedua-dua beradik itu.
UPDATE
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) September 16, 2022
Polis tahan mak saudara(adik ibu mangsa) dan suaminya berusia 33 dan 29 tahun.
Selain budak 8 tahun, adiknya usia 6 tahun juga didera.
Siasatan dapati bapa mangsa sudah meninggal dunia manakala ibu mereka tidak mahu menjaga adik beradik itu : KPD Ampang Jaya. pic.twitter.com/G0wO9YjcSP
BERITA LANJUT MENYUSUL.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.