Now Reading
[Video] Siap Angkut Balang Air! Anggota Bomba Tabah Terpaksa Berbuka Dalam Jentera Demi Tugasan Raih Pujian

[Video] Siap Angkut Balang Air! Anggota Bomba Tabah Terpaksa Berbuka Dalam Jentera Demi Tugasan Raih Pujian

Berdasarkan video tersebut, kelihatan para anggota Bomba sedang menunggu waktu berbuka puasa bersama hidangan yang telah tersedia di atas meja

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Menjadi seorang anggota polis atau bomba yang berkhidmat untuk negara bukanlah sesuatu yang mudah, ini kerana kesiapsiagaan adalah keutamaan tanpa mengira waktu.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial sepasukan anggota bomba yang terpaksa berbuka di dalam jentera kerana mempunyai tugasan kecemasan.

Anggota bomba tunggu waktu berbuka puasa

Menerusi perkongsian di laman Twitter @jnmalaysia, kelihatan para anggota Bomba sedang menunggu waktu berbuka puasa bersama hidangan yang telah tersedia di atas meja di dalam sebuah balai bomba.

Bagaimanapun, ketika 2 minit sebelum masuknya waktu berbuka, lonceng kecemasan dikatakan berbunyi menyebabkan semua anggota terpaksa bergerak ke lokasi kejadian dengan segera.

“Tengah standby untuk berbuka, loceng kecemasan berbunyi. Angkut je (minuman) dalam jentera, apa ada hal,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bawa balang air naik jentera untuk berbuka puasa

Dalam video sama, mereka dilihat membawa sekali balang air dipercayai air soya ke dalam jentera Bomba untuk berbuka puasa.

Walaupun harus bertugas di waktu sebegitu, kumpulan anggota bomba itu dilihat tetap mengukir senyuman dan ikhlas melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka.

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1640927880879431680?s=20

Kebanyakkan netizen puji dan panjatkan doa

Video berdurasi 26 saat itu mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna Twitter memuji tindakan pantas anggota bomba terbabit.

Tidak hanya itu, netizen juga mendoakan agar segala urusan anggota bomba terbabit sentiasa dimudahkan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd