Now Reading
[Video] Ular Tedung Berada Di Bawah Badan Budak 4 Tahun Berjaya Ditangkap Pihak Bomba

[Video] Ular Tedung Berada Di Bawah Badan Budak 4 Tahun Berjaya Ditangkap Pihak Bomba

Video berdurasi 19 saat yang mulai mengejutkan ramai pihak di media sosial itu memaparkan seekor ular berwarna hitam dilihat dengan jelas berada di bawah badan seorang kanak-kanak di mana bahagian ekornya pula dipijak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ibarat mimpi ngeri.

Pada Isnin lalu (24 Julai), seorang kanak-kanak berusia empat tahun berhadapan detik cemas apabila dia tanpa disedari telah menindih/berbaring di atas seekor ular tedung berwarna hitam.

Menurut laporan, kejadian dikatakan berlaku di Taman Serai Perdana, Bagan Serai.

Video berdurasi 19 saat yang mulai mengejutkan ramai pihak di media sosial itu memaparkan seekor ular berwarna hitam dilihat dengan jelas berada di bawah badan seorang kanak-kanak di mana bahagian ekornya pula dipijak.

Ketika itu kanak-kanak itu berada di rumah pengasuhnya.

Difahamkan, pengasuh menyedari kehadiran ular berkenaan dan memujuk kanak-kanak itu untuk tidak bergerak sementara menunggu ketibaan pihak bomba.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata, panggilan bantuan menangkap ular diterima pada jam 11.28 pagi.

Semasa tiba di lokasi kejadian didapati kanak-kanak itu sedang berbaring dan menindih ular tedung yang panjangnya 0.4 meter. Anggota bertindak menangkap ular manakala seorang lagi anggota mengangkat mangsa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon.

Mengulas lanjut, pihak bomba menjelaskan setelah pemeriksaan fizikal dilakukan terhadap mangsa, tiada sebarang kecederaan pada badannya dan diserahkan semula kepada pengasuh.

Ular terbabit kemudiannya dilepas semula ke habitat asalnya yang jauh daripada penempatan penduduk.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon.

Ular Tedung

Sekadar info, ular tedung adalah salah satu ular yang berbisa. Reptilia ini kebiasaannya terdapat di kawasan tropika dan bergurun di Asia dan juga Afrika. Ular tedung akan membunuh mangsa dengan menyuntik neurotoksin menerusi taring berliang mereka. Ular tedung terdapat dalam pelbagai warna daripada hitam atau perang gelap dan juga putih kekuningan.

BACA JUGA: Ular Sawa Batik Atau Anaconda? Tular Video Ular Gergasi Ditemui Di Elmina


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd