Now Reading
Ular Sawa Batik Atau Anaconda? Tular Video Ular Gergasi Ditemui Di Elmina

Ular Sawa Batik Atau Anaconda? Tular Video Ular Gergasi Ditemui Di Elmina

Penduduk setempat mempercayai bahawa ular tersebut telah ditangkap.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Satu video yang dimuat naik ke Twitter oleh seorang pengguna (@IniAlalalannn) menunjukkan seekor ular sawa didakwa ditemui di Elmina, Shah Alam.

Ular sawa itu kelihatan begitu besar sehingga ramai pengguna Twitter lain yang mengaitkannya sebagai seekor anaconda.

Seorang pengguna Twitter (@putahriy) turut berkongsi pernah ternampak ular yang telah mati di kawasan Elmina.


Ular Sawa Batik, Bukan Anaconda

Seorang penduduk yang menetap di sekitar kawasan Elmina berkata ia hanya merupakan seekor ular sawa batik biasa dan bukannya ular gergasi, lapor Harian Metro.

Katanya lagi yang pada mulanya turut percaya ia merupakan seekor ular gergasi, haiwan itu kelihatan besar kerana video diambil secara ‘zoom’.

Dapat dilihat video tersebut bergegar-gegar, yang sering berlaku pada rakaman diambil secara ‘zoom’.

Katanya lagi, penularan video itu menyebabkan orang ramai berasa takut dengan kehadiran ular tersebut kerana percaya ia ular gergasi.

Ular sawa itu bukan ular gergasi atau anaconda sebaliknya ular sawa batik biasa saja. Berita yang disebarkan menakutkan orang ramai sedangkan ia tidak seperti ditularkan.

Penduduk kawasan Elmina.

Dia juga difahamkan bahawa terdapat kakitangan yang telah ke kawasan terbabit dan menjumpai ular tersebut. Dipercayai bahawa ular itu sudah ditangkap.

Pengguna Twitter @Khairul_Bard berkongsi gambar saiz sebenar ular sawa berkenaan. Katanya, video tersebut yang mempunyai imej tidak stabil mungkin diambil secara zoom, menyebabkan ular tersebut kelihatan begitu besar.


Netizen Kasihan Tengok Ular Sawa Batik ‘Sesat’

Segelintir pengguna Twitter meluahkan rasa kasihan dengan haiwan berkenaan kerana kawasan tersebut yang sebelum ini merupakan kawasan hutan adalah habitat asalnya.

Pengguna Twitter @notorioustapir berkata pembangunan menyebabkan haiwan-haiwan yang tinggal di dalam hutan kehilangan habitat mereka. Dia berharap supaya PERHILITAN menempatkan ular tersebut di habitat lain.

Seorang pengguna Twitter (@wwildflowerww) berharap supaya jika ular tersebut ditangkap, ia akan dijaga dengan elok dan dilepaskan di kawasan yang selamat untuknya.

Walaupun video tersebut telah tular, Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Zulfikar Jaafar berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkenaan ular itu.

Dia menasihati orang ramai supaya melaporkan sebarang kejadian kecemasan yang membabitkan keselamatan di talian 999.


Ular Sawa Batik & Anaconda Bersaudara

Korang tahu tak, sebenarnya ular sawa batik atau nama lainnya ‘reticulated phyton’, bersaudara dengan anaconda?

Merupakan sebahagian daripada keluarga boa, kedua-dua jenis ular ini tidak berbisa dan membunuh mangsanya dengan cara menjerut mereka.

Ular sawa batik boleh ditemui di Asia Tenggara, manakala anaconda pula berada di kawasan Selatan Amerika.

Sebenarnya, ular sawa batik adalah ular yang terpanjang di dunia. Ukuran ular sawa paling panjang direkod pada tahun 1912 dan mencecah 10 meter, iaitu lebih panjang berbanding tinggi seekor zirafah!

Anaconda hijau pula adalah ular paling berat di dunia kerana mempunyai ukur lilit badan yang lebih besar. Ular anaconda terberat pernah direkod adalah seberat 227kg dengan panjang 8.43 meter dan ukur lilit badan 1.11 meter.

Dianggarkan bahawa seekor anaconda dengan panjang 5.2 meter mempunyai berat yang sama dengan ular sawa batik sepanjang 7.3 meter.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd