Now Reading
“Pergilah Salon” – Netizen Tak Puas Hati Tindakan Ibu Panggil Bomba Keluarkan Sikat Dari Rambut

“Pergilah Salon” – Netizen Tak Puas Hati Tindakan Ibu Panggil Bomba Keluarkan Sikat Dari Rambut

Si ibu bertindak menghubungi pihak bomba untuk membantunya selepas hampir satu jam tidak berjaya mengeluarkan sikat yang terbelit pada rambut anak.

bomba keluarkan sikat

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Di Malaysia, terdapat banyak badan anggota berkuasa yang mempunyai pelbagai fungsi bagi membantu menyelamatkan nyawa masyarakat di luar sana.

Salah satunya ialah anggota bomba yang bukan sahaja bertanggungjawab untuk memadamkan kebakaran, malah menyelamatkan manusia ketika waktu kecemasan.

Bukan itu sahaja, ‘abang-abang’ bomba juga pernah menyelamatkan anak bulus comel yang tersekat dalam saluran lubang air di rumah. Apa je yang abang bomba tak boleh buat?

Baca Artikel Berkaitan: Kucing Comel Tersekat Dalam Lubang Air, Terpaksa Minta Tolong Abang Bomba


Ibu Panggil Bomba Keluarkan Sikat Tersekat Pada Rambut Anak

Kebiasaannya, pihak bomba akan dihubungi bagi membantu menyelamatkan situasi kebakaran, namun lain pula yang terjadi kali ini.

Sejak beberapa hari lalu, tular rakaman video dikongsi oleh seorang ibu di akaun TikTok (@lawanhq) menyaksikan tiga orang bomba dari Sungai Buloh sedang berusaha untuk mengeluarkan sikat yang terbelit pada rambut anak perempuannya bernama Medina.

Menurut ibunya di ruangan kapsyen, dia sudah mencuba sedaya upaya mengeluarkan sendiri sikat tersebut selama hampir satu jam.

Ibu ini dalam masa yang sama berkata, dia enggan membawa anaknya ke salon kerana tidak mahu rambut Medina digunting oleh pihak mereka.

Sumber: TikTok (@lawanhq)

“Kalau pergi salon confirm kena gunting,” ujar ibu kepada anak kecil berkenaan.

Oleh kerana berasa cemas dengan situasi itu, wanita itu membuat keputusan agar mendapatkan bantuan dari pihak bomba.

Setelah bertungkus lumus menggunakan minyak masak dan playar pemotong, akhirnya sikat terbabit dikeluarkan menggunakan tangan pihak bomba itu sendiri.

Sumber: TikTok (@lawanhq)

Orang Ramai Tidak Setuju Panggil Bomba Hanya Untuk Keluarkan Sikat

Orang ramai dilihat telah meluahkan pandang masing-masing berkenaan situasi ini di media sosial. Rata-rata daripada mereka berasa kejadian seperti ini boleh diselesaikan sendiri dan tidak perlu mendapatkan pertolongan daripada anggota bomba.

Ada juga yang berpendapat si ibu menghubungi pihak bomba semata-mata membuat satu konten untuk dimuat naik di media sosial.

Seorang wanita turut berpendapat bahawa ibu Medina sepatutnya membawa anaknya ke salon sahaja bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Sumber: X (Twitter)

Segera Hubungi Pihak Bomba Dalam Situasi Kecemasan

Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia yang masih kurang kesedaran untuk memanggil pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran di tempat terbuka.

Jika anda tidak mengambil langkah pencegahan dengan pantas, pelbagai kesan buruk boleh berlaku seperti bencana alam dan kehilangan nyawa.

Berikut adalah talian yang boleh dihubungi sekiranya anda berdepan dengan situasi kebakaran:

  • Talian Kecemasan Negara: 999
  • Talian hotline JBPM: 1-800-888-994

Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Lupa Tutup Api Gas, Kedai Makan Di Pontian Dilaporkan Terbakar

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Siap Angkut Balang Air! Anggota Bomba Tabah Terpaksa Berbuka Dalam Jentera Demi Tugasan Raih Pujian

Sumber: TikTok (@lawanhq) | JBPM


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd