Now Reading
Gara-gara Lupa Tutup Api Gas, Kedai Makan Di Pontian Dilaporkan Terbakar

Gara-gara Lupa Tutup Api Gas, Kedai Makan Di Pontian Dilaporkan Terbakar

Kebakaran dipercayai berlaku akibat api gas yang ditinggalkan sewaktu memasak air gula sehingga pekerja telah pulang ke rumah masing-masing.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebuah kedai menjual makanan di Jalan Parit Mesjid, Pontian hangus terbakar akibat api gas dapur tidak sengaja ditinggalkan sewaktu memasak air gula.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, Mahadir Mamat, berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.49 pagi dan segera ke lokasi kejadian.

Menurut Mahadir, lokasi kejadian terletak berhampiran kedua-dua balai bomba Pontian Baru dan Jalan Alsagoff. Kedai tersebut bersebelahan dengan kedai garaj kereta dan sebuah rumah dua tingkat, tetapi api berjaya dihentikan sebelum ia merebak.


Tiada Sesiapa Di Kedai Sewaktu Kebakaran

Apabila Pasukan Keluar Operasi tiba di lokasi, rumah kedai separuh kekal telah marak disambar api, tetapi tiada sesiapa yang berada di dalamnya.

Ketika kejadian tiada penghuni di dalamnya kerana mereka telah balik ke rumah masing-masing selepas menutup perniagaan kira-kira pukul 12 malam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, Mahadir Mamat.

Kata Mahadir, struktur kedai yang merupakan bangunan sementara dan separuh kekal menyebabkan kebakaran merebak dengan pantas.

Operasi memadamkan kebakaran telah berakhir sepenuhnya pada jam 6.25 pagi, kira-kira satu jam setengah dari waktu panggilan kecemasan diterima pihak bomba.

Mahadir memaklumkan pasukan forensik kebakaran akan menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan punca sebenar kebakaran.

Sumber: Kosmo


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd