Now Reading
Topik Suami Influencer Suka Tengok Perempuan Seksi Jadi Perdebatan Hangat Di Media Sosial

Topik Suami Influencer Suka Tengok Perempuan Seksi Jadi Perdebatan Hangat Di Media Sosial

Wanita tersebut mendakwa dirinya sudah empat tahun tidak mengikuti suaminya di laman Instagram.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebahagia mana rumah tangga seseorang itu, pasti akan ditimpa ujian dan dugaan dari pelbagai aspek seperti faktor kewangan, ahli keluarga, anak-anak dan sebagainya.

Sejak akhir-akhir ini juga pelbagai isu kemelut rumah tangga yang berlaku melibatkan golongan terkenal di Malaysia.

Antara isu yang turut menjadi perhatian adalah melibatkan seorang influencer yang juga pemilik jenama pakaian terkenal di Malaysia.


Isteri Luah Rasa Kecewa Suami Gemar Lihat Gambar Wanita Seksi

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram story, usahawan ini mendakwa dirinya kini sedang berdepan ujian melibatkan sikap suaminya yang dipercayai kerap melihat gambar wanita berpakaian seksi.

Dakwanya, dia kini sudah empat tahun tidak mengikuti suaminya di laman Instagram untuk menjaga hati dirinya daripada tersakiti.

Benda ni dah lama dah. Sebab tu dah 4 tahun aku tak follow laki aku sendiri. Sebab nak jaga hari sendiri. Tapi tulah kadang-kadang tertengok juga walaupun tak follow.

Usahawan wanita terkenal.

Sebagai isteri, dia mencuba sedaya upaya untuk bersabar dengan dugaan dalam perkahwinannya itu yang berlaku sejak beberapa tahun dahulu sehingga kini.

Last gaduh pasal benda ni masa waktu umrah haritu. Tapi tak ada effort untuk berubah, tak ada action. Sama je sampai sekarang.

Usahawan wanita terkenal.

Jelas pemilik jenama pakaian terkenal itu lagi, keadaannya yang sedang hamil membuatkan dirinya lebih beremosi ketika berdepan situasi melibatkan suaminya ini.

“Ujian terbesar seorang isteri adalah suaminya,” kata usahawan tersebut.


Wanita Beri Pelbagai Reaksi Mengenai Isu Suami Influencer

Isu melibatkan suami kepada influencer terkenal itu telah mendapat perhatian ramai di media sosial terutamanya golongan wanita.

Rata-rata wanita meluahkan rasa sedih dan kesal dengan dakwaan oleh influencer terkenal itu terhadap suaminya.

Para wanita berpendapat mereka yang sudah bergelar suami tidak sepatutnya melihat gambar-gambar wanita yang seksi untuk apa sahaja alasan.

Keadaan ini menjadi lebih keruh apabila Liyana yang sedang mengandung anak ketiga mengetahui perkara tersebut selepas diberitahu oleh seorang pengguna menerusi hantaran mesej (DM).

Dalam ciapan lain dimuat naik oleh pengguna laman X (@n_azzurajafri), wanita ini menyatakan pendapat bahawa kemudahan untuk mengakses boleh menjadi punca seseorang senang untuk mencari konten yang haram untuk dilihat.

Tidak dinafikan ujian terbesar bagi seorang lelaki adalah wanita. Namun Nabi Muhammad SAW telah memesan dalam hadisnya iaitu:

“Jika engkau melihat seorang wanita, lalu ia memikat hatimu, maka segeralah datangi isterimu. Sesungguhnya, isterimu memiliki seluruh hal seperti yang dimiliki oleh wanita itu.” (HR. Tirmidzi)

Sebagai seorang lelaki, sememangnya mereka akan tergoda dengan wanita yang bukan halal bagi mereka tetapi Nabi Muhammad SAW juga telah mengajar kaum Adam cara untuk mengawal diri.

Pada masa yang sama, netizen turut menasihati para isteri untuk berusaha untuk memenuhi keinginan suami meskipun sibuk dalam menguruskan anak-anak dan keluarga.


Lelaki Perlu Tundukkan Pandangan Dari Melihat Perkara Haram

Menerusi penjelasan dari penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus yang juga dikenali sebagai UAI, beliau menjelaskan bahawa Allah SWT telah berpesan kepada golongan lelaki untuk mengawal pandangan dari melihat perkara yang haram.

Dalam Surah An-Nur ayat ke-30:

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا۟ مِنْ أَبْصَـٰرِهِمْ وَيَحْفَظُوا۟ فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا يَصْنَعُونَ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd