KKM Pantau Gelombang Baru Covid-19 Di Singapura, Siap Siaga Kemungkinan Peningkatan Kes Di Malaysia
Jumlah kes Covid-19 di Singapura pada 5 hingga 11 Mei 2024 meningkat dua kali ganda kepada 25,900 berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak tahun 2020, virus Covid-19 menjadi satu masalah kesihatan yang membimbangkan kerana telah meragut banyak nyawa tanpa mengira peringkat umur.
Namun selepas beberapa tempoh, pandemik tersebut semakin pulih dan kadar penyebaran mula berkurang selepas langkah pencegahan diambil oleh petugas kesihatan di seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, Covid-19 sekali lagi meresahkan orang ramai selepas wujud laporan mengatakan sedang berlakunya peningkatan di Singapura.
Singapura Catat Peningkatan Dua Kali Ganda Dalam Penularan Covid-19
Memetik laporan dari Kementerian Kesihatan Singapura, anggaran jumlah kes Covid-19 pada 5 hingga 11 Mei 2024 meningkat dua kali ganda kepada 25,900 kes berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.
Purata kemasukan harian Covid-19 di hospital negara republik itu meningkat kepada kira-kira 250 daripada 181 minggu sebelumnya manakala purata kes Unit Rawatan Rapi (ICU) harian kekal rendah iaitu tiga kes berbanding dua kes pada minggu sebelumnya.
Menteri Kesihatan Singapura Ong Ye Kung menjangkakan jumlah kes akan semakin bertambah dalam tempoh dua hingga empat akan datang.
Berita mengenai peningkatan kes Covid-19 di Singapura itu juga telah membimbangkan rakyat Malaysia kerana merupakan negara yang paling hampir dengan negara republik berkenaan.
Are we ready? @DrDzul
— Rehanah (@rehanahbhathal) May 18, 2024
KKM Sedia Pantau Penularan Covid-19 Di Malaysia
Susulan itu, Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menerusi ciapan di laman X (@DrDzul) berkata pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti perkembangan terkini pandemik yang kembali menular di Singapura itu.
Dr Dzulkefly menjelaskan bahawa penularan wabak itu di negara jiran Malaysia tersebut melibatkan dua sub varian baharu Omicron.
Mengenai varian yang beredar, kami telah melaporkan setiap KP 1.1 dan KP.2.1 pada Mac 2024 dengan kedua-duanya gejala ringan dan tidak melaporkan sebarang peningkatan ketara dalam kes Covid-19.
Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Sehingga kini, angka Covid-19 di Malaysia pada 12 hingga 18 Mei adalah 1,230 berbanding 1,071 kes di mana ia merekodkan peningkatan sebanyak 14.8%.
Walau bagaimanapun tiada kematian baharu dilaporkan sejak 25 April 2024.
KKM juga menasihati orang ramai agar mengekalkan kebersihan diri, mengurangkan interaksi sosial serta memakai pelitup muka jika beada di kawasan yang berisiko tinggi.
Salam All
— Dzulkefly Ahmad (@DrDzul) May 19, 2024
1/ MOH Malaysia is closely tracking the trajectory of the recent wave of 2-fold increase in COVID-19 cases reported by Singapore.
It was highlighted that combined proportion of sub variants KP.1 and KP.2 currently accounts for over 2/3 of COVID-19 cases in Singapore. https://t.co/fi86bxhzQd
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.