Now Reading
Jurugambar Ini Kongsi Tips Susun Masa Untuk Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh 5 Jam Je

Jurugambar Ini Kongsi Tips Susun Masa Untuk Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh 5 Jam Je

Dalam tempoh lima jam, sebenarnya majlis akad nikah boleh je diselesaikan dengan baik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Buat pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam beberapa bulan lagi, pastinya tempoh ini sangat mendebarkan sebelum status anda bertukar dari bujang kepada menjadi suami atau isteri.

Yang paling penting, persiapan dari segi dokumen dan duit perlulah menjadi perhatian kerana jangan terkejut apabila ada pasangan yang sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk majlis perkahwinan mereka.

Kepada anda yang ingin mendirikan rumahtangga dalam tempoh beberapa tahun lagi, bolehlah mula menyimpan duit dari sekarang.

BACA JUGA: Wanita Kongsi Cara Efektif Simpan Duit Kahwin RM43K Dalam Masa 2 Tahun. Boleh Cuba!

Sumber: Pesona Pengantin

Tips susun masa untuk majlis akad nikah

Kepada pasangan yang bercadang untuk melakukan majlis akad nikah dengan jemputan tetamu yang minimum, seorang pengguna Twitter ini yang merupakan jurugambar (Azyan Sayzwani) telah berkongsi tips untuk anda menyusun masa dengan baik dalam tempoh lima jam.

Antaranya adalah seperti berikut:

1. Dua jam pertama

Walaupun sudah biasa mekap dalam kehidupan seharian, tetapi bila tiba hari perkahwinan kita mestilah nak mekap yang ‘grand’ sikit betul tak? Jadi tempoh dua jam pertama akan diperuntukkan untuk bakal pengantin berhias, berdandan dan sebagainya.

Dalam tempoh ini juga, jurugambar akan datang ke lokasi perkahwinan dan mula mengambil gambar persiapan sebelum akad seperti persalinan baju, cincin, kad dan lain-lain.

Nak gambar yang cantik, mestilah lighting tempat anda bersiap pun kena cantik juga. Gambar akan nampak lebih cantik dan “stand out”.

2. Dua jam seterusnya

Inilah saat yang paling mendebarkan bagi kesemua bakal pengantin iaitu majlis akad nikah. Kebiasaannya dalam majlis ini melibatkan upacara menyarung cincin, mengambil gambar bersama ahli keluarga serta rakan terdekat.

3. 1 jam terakhir

Aktiviti untuk jam terakhir adalah sesi bergambar dengan jurugambar. Dalam tempoh satu jam ini memang cukup je kalau dah tahu lokasi untuk bergambar indoor atau outdoor.


Perkahwinan adalah satu komitmen kehidupan bersama pasangan yang akan berlangsung dalam tempoh yang lama. Jadi, ambil peluang sekali seumur hidup ini untuk susun majlis akad nikah ini dengan sebaik mungkin.

Kalau ada kemampuan untuk buat di lokasi yang lebih selesa, apa salahnya kan? Tepuk dada tanya selera.

BACA JUGA: Pening Cari Hadiah Untuk Pengantin? Ini Antara Barang Yang ‘Function’


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd