Now Reading
“Khemah Penat Diri” – Kanopi Majlis Kahwin Terbang Atas Bumbung Bikin Ramai Terhibur

“Khemah Penat Diri” – Kanopi Majlis Kahwin Terbang Atas Bumbung Bikin Ramai Terhibur

Difahamkan, kejadian khemah ‘terbang’ itu berlaku selepas majlis resepsi perkahwinan sudah tamat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila berlangsungnya sesebuah majlis perkahwinan, anda sebagai pasangan pengantin atau tuan rumah sudah pasti mengharapkan agar semua berjalan dengan lancar.

Mana tidaknya, ia merupakan hari istimewa buat pasangan mempelai untuk meraikan berita baik bersama kenalan rapat. Namun dalam sesetengah kes, ada sahaja perkara lucu yang tidak diduga berlaku.

Seperti sebelum ini, seorang remaja lelaki telah menggunakan khidmat DJ untuk membuat pengumuman bagi mengajak ibunya pulang ke rumah semasa majlis perkahwinan sedang berjalan.

Difahamkan, ibu kepada lelaki tersebut tidak muncul-muncul walaupun telah lama ditunggu untuk pulang hingga menyebabkan dirinya terpaksa meminta bantuan DJ bertugas.

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Minta Tolong DJ Kenduri Buat Pengumuman Ajak Mak Balik Rumah, Buat Netizen Terhibur [Video]


Khemah Kanopi Majlis Kahwin ‘Terbang’ Atas Bumbung Rumah

Perkara mencuit hati tidak terhenti di situ sahaja apabila baru-baru ini tular satu perkongsian di laman TikTok (@azwan959), menyaksikan situasi mengejut berlaku semasa majlis perkahwinan.

Menerusi video hantaran, kelihatan khemah kanopi besar telah ‘terbang’ ke atas bumbung rumah disebabkan angin kencang melanda sekitar Melaka Pindah, Alor Gajah.

Kalau lihat sendiri klip video tersebut, memang dapat dilihat dengan jelas angin sangat kuat dengan keadaan langit yang mendung seakan-akan bakal hujan lebat.

Namun begitu, tuan rumah bernasib baik kerana kejadian dikatakan berlaku selepas majlis resepsi perkahwinan selesai tanpa keberadaan para tetamu.

@azwan959

Majlis dah habis. Takde tempat nak simpan khemah. Simpan atas bumbung je #Melaka #khemahpengantin

♬ original sound – Azwan – Azwan

Khemah Kanopi Perlu Dipotong

Menurut salah seorang tuan rumah dikenali sebagai Azwan, keluarga mereka perlu memanggil pihak bomba untuk menurunkan khemah yang tersangkut.

Khemah kanopi tersebut bagaimanapun tidak berjaya diturunkan dengan keadaan baik kerana ia terhalang dengan kabel elektrik. Oleh disebabkan itu, khemah berkenaan harus dipotong dan dikoyakkan untuk tujuan keselamatan.

Sumber: TikTok (@azwan959)

Perkongsian berdurasi 22 saat itu dalam masa sama telah mengundang perhatian ramai dengan jumlah tontonan hampir mencecah 1 juta.


Netizen Terhibur Lihat Khemah ‘Baring’ Atas Bumbung

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat terhibur dengan situasi tersebut. Ada individu yang sempat berjenaka dengan berkata khemah itu mahu berehat sebentar di atas bumbung.

“Khemah dah penat diri, itu yang dia (khemah) baring,” ujar seorang warganet.

Sumber: TikTok (@azwan959)

Malah ramai juga netizen membandingkan khemah tersangkut berkenaan dengan piring Astro yang sering dicacakkan atas bumbung rumah.

“Besar betul bang piring astro,” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@azwan959)

Dalam pada itu, seorang pekerja pemasangan kanopi berkata khemah tersebut tidak dipasang dengan baik oleh pihak terlibat.

“Aduh sebagai seorang pekerja kanopi, khemah tersebut tidak akan terbang macam tu kalau diikat dengan elok,” jelas seorang lelaki.

Menjawab kepada keterangan itu, Azwan berkata khemah di rumah berkenaan tidak mempunyai sebarang ikatan.

Sumber: TikTok (@azwan959)

Baca Artikel Berkaitan: Dah Makan Setengah Pinggan, Gadis Ini Baru Tersedar Silap Datang Majlis Orang

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Teruja Tengok Kenduri Kahwin Seperti Pasar Malam. Khemah Pun Sama!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd