Now Reading
Pasangan Raja Sehari Minta Tetamu Bayar Majlis Undang Pelbagai Reaksi. Setuju Atau Tidak?

Pasangan Raja Sehari Minta Tetamu Bayar Majlis Undang Pelbagai Reaksi. Setuju Atau Tidak?

Pasangan tersebut dipercayai dari luar negara telah meminta tetamu untuk membayar kos bufet majlis perkahwinan berbanding memberi hadiah kahwin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum bahawa majlis perkahwinan memakan kos yang tinggi.

Bagi pasangan Melayu, ia sudah menjadi adat kebiasaan masyarakat untuk mengadakan kenduri secara besar-besaran dan menjemput seluruh sanak-saudara serta jiran tetangga.

Antara perbelanjaan utama bagi majlis tersebut termasuk jamuan bagi tetamu undangan, pakaian, jurugambar dan juruvideo, serta hiasan seperti pelamin.

Sesetengah pasangan perlu mengumpul duit simpanan selama bertahun-tahun sebelum dapat mengadakan majlis perkahwinan impian mereka.


Pasangan Mula Adakan Majlis Perkahwinan Kecil-Kecilan

Kos yang tinggi bagi majlis perkahwinan turut menyebabkan sesetengah pasangan membuat pinjaman peribadi. Lebih menyedihkan lagi apabila kesesakan kewangan akibat berhutang menyebabkan sesetengah pasangan bercerai.

Baca Artikel Berkaitan: Pasangan Suami Isteri Menyesal Buat Pinjaman Peribadi RM40K Untuk Kenduri Kahwin

Insiden sedemikian telah membuka mata pasangan lain yang merancang untuk berkahwin.

Kini, semakin ramai pasangan yang mengadakan majlis perkahwinan secara kecil-kecilan yang berpatutan dengan bajet mereka dan tidak menghiraukan cakap-cakap orang sekeliling.

Akan tetapi, terdapat pula sebilangan kecil pasangan yang meminta tetamu untuk membayar bagi jamuan majlis perkahwinan dengan tujuan untuk menjimatkan kos perbelanjaan.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Unsplash)

Pasangan Minta Tetamu Tanggung Kos Majlis

Baru-baru ini, The Rakyat Post menerusi Facebook telah berkongsi satu hantaran mengenai pasangan yang dipercayai dari luar negara, yang meminta agar tetamu membayar bagi hidangan bufet majlis berbanding memberi hadiah kahwin.

Hantaran tersebut menerima reaksi yang berbeza dari orang ramai memandangkan ia bukan budaya majlis perkahwinan di negara kita.

Menjenguk ke ruangan komen, sesetengah individu walau bagaimanapun bersetuju dengan permintaan pasangan tersebut memandangkan ia majlis perkahwinan mereka.

Di samping itu, netizen berkata mereka sanggup membayar bagi jamuan di majlis perkahwinan jika harganya berpatutan dan berpendapat bahawa ia lebih sesuai daripada memberi hadiah yang tidak diingini pasangan pengantin.


“Macam Bagi Angpau” – Netizen

Sesetengah individu berkata membayar bagi jamuan majlis perkahwinan tidak banyak bezanya dengan budaya perkahwinan Cina, malah Melayu.

Hal ini adalah kerana dalam kedua-dua masyarakat ini, tetamu akan memberi ‘angpau’ sebagai tanda ucap selamat dan membayar sebahagian kos yang dikeluarkan pasangan pengantin.

Namun begitu, jumlah yang diberikan adalah hak tetamu dan bukanlah sesuatu yang dituntut oleh pasangan.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Netizen Rasa Pasangan Tidak Patut Adakan Majlis Besar-Besaran Jika Tidak Mampu

Sebaliknya, terdapat juga individu yang berasa tidak molek bagi pasangan pengantin meminta tetamu menanggung sebahagian daripada perbelanjaan perkahwinan.

Mereka berpendapat bahawa pasangan yang tidak mampu menanggung perbelanjaan sepenuhnya tidak sepatutnya meneruskan perkahwinan atau hanya mengadakan majlis kecil-kecilan bersama keluarga.

Sesetengah orang berkata tetamu boleh memilih untuk tidak menghadiri majlis perkahwinan tersebut jika enggan bantu membayar sebahagian daripada perbelanjaan pasangan.

Tambahan lagi, mereka berkata ayat yang ditulis pada kad jemputan perlu diubah menjadi lebih sesuai kerana idea tersebut sebenarnya rasional.

Sumber: The Rakyat Post/ Facebook

Baca Artikel Berkaitan: Doorgift & Menu Kenduri Kahwin/Open House Yang Menarik. Dapat Timun Pun Ada!

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Kongsi Fungsi Sebenar ‘Bridesmaid’ Di Majlis Kahwin. Bukan Hanya Bergambar & ‘Tayang Muka’ Ya!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd