Pasangan Suami Isteri Menyesal Buat Pinjaman Peribadi RM40K Untuk Kenduri Kahwin
Pasangan suami isteri ini terpaksa melakukan dua kerja bagi membayar semula bebanan hutang pinjaman peribadi yang diambil untuk majlis perkahwinan mereka.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Anda rasa berbaloi ke buat pinjaman kewangan untuk menampung kos majlis perkahwinan? Secara logiknya, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengantin seharusnya berbelanja mengikut kemampuan sahaja.
Namun lain pula kisah seorang wanita ini apabila dia dan suami mengambil keputusan untuk membuat pinjaman peribadi bernilai RM40,000 semata-mata melangsungkan majlis perkahwinan mereka.
Luahan hati wanita tersebut telah dikongsikan di laman Twitter (@ConfesstweetMY) dan menceritakan keputusan itu datang daripada ibu bapanya yang ingin menjemput ramai tetamu di majlis perkahwinannya.
Hai admin, saya nak kongsi satu satu cerita tetapi tolong jangan dedahkan profil saya ya. Saya dah kahwin enam bulan tetapi dalam tempoh ini saya lebih banyak menangis dari gembira. Semuanya bermula sebelum majlis perkahwinan saya apabila ibu bapa saya paksa buat pinjaman peribadi untuk buat majlis mewah.
Wanita itu meluahkan rasa kesalnya mengambil pinjaman peribadi untuk majlis perkahwinannya.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Yang kahwin kau,
— ᴍʀ.ᴅ | (@mrdcreatives) November 9, 2022
Yang pinjam duit pun kau,
Yang bayar hutang pun kau.
Orang lepas makan, bual2 lepas tu hilang.
Salam kaut pun belum tentu boleh cover duit pinjaman.
Kalau yang buat semua tu kau, tak payah nak jaga hati orang sangat. Stand your ground.
Moga Allah permudahkan https://t.co/zI1rZvgwna
Wanita ini memberitahu suaminya bekerja sebagai kerani dan dia pula merupakan pekerja kontrak di sektor kerajaan.
Pada awalnya, dia memberitahu kepada ibu bapanya untuk melakukan majlis kecil-kecilan sahaja dengan jemputan tidak melebihi 100 orang, tetapi dibantah oleh kedua orang tuanya.
Katanya nanti tak dapat nak jumpa ramai saudara-mara serta kenalan mereka.
Sebaik permintaan mereka ditolak, ibu bapanya mula mempersoalkan kemampuan suaminya untuk menjaga wanita ini selepas mereka berkahwin.
Suami saya yang pada ketika itu merupakan tunang saya agak kecil hati bila dia dapat tahu. Dia duduk bincang semula dengan ibu bapa saya dan bertanya nak jemput berapa orang. Bila dikira balik, adalah dalam 1000 orang macam tu. Dan mereka juga nak buat di hotel dan beri cadangan supaya suami saya buat pinjaman peribadi RM40,000 kalau nak kahwin.
Wanita ini menceritakan ibu bapanya meletakkan syarat untuk membuat pinjaman peribadi jika ingin mengahwini anak perempuan mereka.
Nak Menyesal Tapi Sudah Terlambat
Akhirnya, suaminya terpaksa membuat pinjaman peribadi tersebut untuk meneruskan majlis perkahwinan mereka.
Wanita ini bercerita ibu bapanya memang gembira sebab dapat jemput ramai kenalan dan mendapat pujian ramai bahawa majlis perkahwinan anak mereka agak ‘grand’.
Namun selepas selesai majlis perkahwinan, wanita ini bersama pasangannya dibelenggu hutang yang banyak akibat pinjaman peribadi tersebut.
Sekarang ini kami agak terbeban untuk membayar semula pinjaman tersebut. Suami balik dari kerja dan keluar balik untuk bekerja pula sebagai penghantar makanan. Saya pula join dropship online tapi kadang-kadang sendu juga jualan.
Wanita ini menceritakan kesan pinjaman peribadi yang diambil oleh mereka.
Dia juga beritahu karakter suaminya tidak seceria dulu kerana terlalu penat bekerja dan kerap tertekan dengan bebanan hutang yang perlu dibayar.
Orang Ramai Simpati Dengan Nasib Pasangan Suami Isteri Ini
Perkongsian kisah wanita ini dan pasangannya mendapat pelbagai reaksi dari pengguna media sosial dan rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap nasib mereka.
Ada juga yang memberitahu sekiranya di majlis perkahwinan bangsa Cina, tetamu akan memberikan sampul merah atau ang pow bagi menampung semula kos majlis perkahwinan itu.
Kalau mengikut tradisi bangsa Cina, jumlah wang yang diisi dalam ang pow itu perlulah sekurang-kuranya sama dengan harga hidangan di majlis perkahwinan.
Kadang kala ada juga pasangan yang beruntung kerana mendapat jumlah wang melebihi kos yang dikeluarkan.
BACA JUGA: RM2,200 Per Table: Facebook User Slams Wedding Guests For Giving Out Less Than RM300 In Ang Pows
Tips kahwin, make a lot of chinese friends.
— -Sup- (@sboonratana) February 29, 2020
Reason: Chinese/Thai bg angpow banyak.
My wedding (xtermasuk hantaran)
-RM80000
Duit ‘Ang Pow’
-RM90000 https://t.co/XVuROnxXAf
Islam Ajar Untuk Umatnya Bersederhana
Dalam pada itu, sesetengah individu agak kesal apabila masih wujud pemikiran dalam kalangan masyarakat Melayu yang meletakkan tanggungjawab menampung kos majlis perkahwinan pada pihak lelaki.
Pencari jodoh Islamik iaitu Zuhri Yuhyi menyatakan bahawa hadis dari sabda dan ajaran Nabi Muhammad SAW menjelaskan umat Islam seharusnya melakukan ‘walima’ atau majlis perkahwinan secara bersederhana sahaja.

Lelaki ini berpendapat pasangan suami isteri tidak sepatutnya memulakan hidup mereka dengan bebanan hutang kerana masih ada banyak tanggungjawab lain.
Majlis perkahwinan sebenarnya boleh dibuat tanpa perancangan yang keterlaluan. Perkahwinan yang berkat adalah perkahwinan yang kurang membebankan.
Zuhri Yuhyi.
Zuhri berkata pada zaman sekarang ini memang sudah biasa pasangan bersusah payah untuk melangsungkan majlis perkahwinan.
Tidak dinafikan ada sesetengah keluarga yang sanggup berbelanja mewah supaya tidak dipandang rendah oleh masyarakat.
Honestly parents are also to blamed here…why nak malu sangat? Ni pinjam ah long boleh membahayakan nyawa….dan menyebabkan kemurungan dekat org lain jugak. I think people understand kot klu tak jadi kahwin https://t.co/emDivmt1sh
— CountessDracula ♡ Megumi (@HimenoKokoro) August 23, 2022
Semuanya Tentang Duit
Kalau anda perasan, sudah menjadi trend dalam masyarakat Melayu pada zaman ini untuk meletakkan harga hantaran bergantung kepada tahap pendidikan mereka.
Senang kata makin tinggi tahap pendidikan mereka, maka lebih tinggi jumlah hantaran. Mungkin inilah salah satu sebab lelaki bangsa Melayu lebih rela berkahwin lambat.
Apa pandangan anda dengan budaya ini?
My sistur kahwin 2017, mas kahwin dan jugak dikira sebagai wang hantaran RM5k. Kalau ikut gambar ni, level SPM. Walaupun ada ijazah. Itupun ayah marah dan cakap tinggi. Tapi abah abang ipor cakap up sikit jadi 5k. Majlis pun ayah tak bagi abang ipor tanggung. Hmmm pic.twitter.com/zkQtg5R5Bm
— Pröf Emerıtus Datö' Dr Hajah Hermıöne (@abcdefghermione) October 18, 2020
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.