Doorgift & Menu Kenduri Kahwin/Open House Yang Menarik. Dapat Timun Pun Ada!
Pelbagai jenis doorgift diberikan pada masa kini. Kadang-kadang itu tak tercapai dek akal nak fikir. Kreatif sungguh rakyat Malaysia!


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Musim cuti sekolah ini, jemputan untuk ke majlis kenduri kahwin pun semakin banyak diterima. Kadang-kadang itu sampai dua jemputan dalam masa satu. Jawabnya, kena pilih yang dekat dan paling rapat dahululah.
BACA JUGA: Pening Cari Hadiah Untuk Pengantin? Ini Antara Barang Yang ‘Function’
Kebiasannya, apabila tiba di majlis kahwin, pasti kita akan makan dan meraikan hari istimewa pasangan mempelai dahulu. Akhirnya bergambar dan selepas itu beredar daripada majlis untuk memberikan laluan dan tempat untuk tetamu lain yang bakal hadir.
Tapi sebelum balik, pasti akan ada doorgift yang akan dihulurkan kepada tetamu yang hadir. Tak kisahlah berapa orang sekalipun dalam satu grup, setiap seorang pasti akan menerima satu doorgift untuk dibawa pulang sebagai tanda terima kasih.

Di sini kami kongsikan kompilasi tentang barangan/makanan yang pernah diterima dan dihidangkan oleh pengguna media sosial di majlis perkahwinan, rumah terbuka hari raya, dan sebagainya.
Lihat perkongsian penuh di bawah:
Not exactly kenduri kahwin, but a raya open house. Got starbucks salted caramel macchiato frappe. 4 barista ready. Plus a keroncong singer & band. Late sultan johor and current sultan (at that time he was the TMJ) attended. Starbucks tu aku 4 kali ambik hahahaha
— Ayuni (@yuniexera7) September 4, 2022
Orang jawa punya kenduri paling best aku rasa, malam bfore majlis dah ada makan besar esoknyaa ada makan besar lagi. Sambal tempe tu sedapnyaa. Orang jawa yang nak kawen tu tolong ajak aku pliss dont worry aku bagi salam kaut punyaaa😆
— Anis (@nisghazali) September 4, 2022
Di Singapura pula, memang kebanyakan rakyat mereka tinggal di rumah jenis flat. Tapi flat mereka bersih, teratur, tiada sampah dibuang merata-rata. Nama je flat, tapi ‘atas’ juga.
Kalau buat majlis perkahwinan pun boleh jadi ‘grand’.
Singapore wedding ada Sambal Goreng Pengantin ada Dendeng 😩 sedappp nyaaa lahaiii vibes dia wedding bawah block/ kira bawah flat HDB tapi deco letopss
— NurulAin #LadyParfum (@nuruldania99) September 4, 2022
Dapat ni😂 pic.twitter.com/zabCRapVIH
— Arif (@arifhaynes) September 4, 2022
Rasa mcm rare laa doorgift ni~ pic.twitter.com/H5bO6kHsZu
— Maslindaaaaaaa (@missmaslinda) September 4, 2022
Jarang dibuat orang timun dan sayur-sayuran lain dijadikan doorgift. Alamatnya kena makan cepat-cepatlah, nanti rosak/layu pula. Tapi ini rare!
Ps: ada orang sedekah timun/sayur kangkung dekat tuan rumah kenduri. Dia bagi bag goodies + suruh amik kangkung/timun. Nak amik banyak mana pun boleh 😂 pic.twitter.com/JPTd1qqrtY
— 🔊 (@Zkwxnn) September 4, 2022
Yang dapat pendrive pun ada walaupun bersaiz 8GB.
Dapat pendrive siot doorgift 8gb jela tapi
— whoyou (@whoareyouu69) September 4, 2022
Dapat pokok pic.twitter.com/RKE1A2Orkt
— areqill 🇵🇸 (@miloais68) September 4, 2022
Paling menarik setakat ni, dapat beg anyaman tangan. Dalam tu ada mini sejadah, mini towel dan air mineral. Cute and classic. Makanan pun nice dekat majlis yang sama tu. Selain nasi kenduri, ada spaghetti carbonara yee. Biasa orang mi rebus ke laksa ke kan.
— belle (@endwithh) September 4, 2022
Sejadah tebal yang besar tu. Dia gulung ikat reben astu masuk dalam paper bag besar tu. Kalau satu family tu datang 5 orang, lima lima dapat sejadah tebal. Seronokkkk
— Ieyrärara ♛♥️ (@fiyrahzirah) September 5, 2022
Menarik betul perkongsian pengguna media sosial. Lepas ini kalau ada sesiapa yang ingin membuat majlis kahwin, rumah terbuka dan sebagainya, bolehlah ambil idea doorgift dan menu ‘rare’ dari artikel ini. 🙂
BACA JUGA: Wanita Ini Seru Orang Ramai Kenali ‘Red Flag’ Bila Pilih MUA Atau Photographer Majlis Kahwin
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.