Wanita Ini Seru Orang Ramai Kenali ‘Red Flag’ Bila Pilih MUA Atau Photographer Majlis Kahwin
Selain itu, dia turut menambah supaya orang ramai memahami konsep ‘harga mahal tak semestinya servis akan bagus’.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Setiap orang inginkan kehidupan berumahtangga bersama pasangan pilihan hati. Tidak kisahlah apa jua halangan yang bakal ditempuhi, kalau dah sayang memang akan diusahakan.
Memang ramai yang sanggup untuk berkahwin. Tapi penghalangnya adalah bila tiba masa untuk mengumpul duit. Berpuluh ribu habis untuk majlis yang bakal diadakan dalam masa beberapa jam sahaja.
Malah, ada juga pasangan yang menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk majlis perkahwinan.
(Sumber: Eric Cheng Photography)
Mungkin ada yang merasakan ianya berbaloi, sebab sekali seumur hidup.
BACA JUGA: Ini Antara Nasihat Kewangan Buat Mereka Yang Bakal Berkahwin
Proses Pemilihan Make-Up Artist (MUA) & Juru Gambar Leceh?
Selepas berlakunya persetujuan di antara kedua-dua belah pihak untuk melangsungkan majlis perkahwinan, yang bakal difikirkan selepas itu adalah pencarian MUA, juru gambar, designer busana pengantin dan sebagainya.
Bukan satu dua kena fikir, BANYAK.
Tapi nak berurusan dengan setiap individu bukannya mudah. Ada yang lebih selesa berjumpa, ada yang suka mesej sahaja sampailah dah confirm dan banyak lagi kerenah.
Oleh itu, seorang pengguna Twitter (dewi) mengupas isu ini dengan memberikan beberapa ‘red flag’ yang boleh diperhatikan oleh bakal raja sehari sebelum memilih perkhidmatan mereka ini.
Menurutnya, kedua-dua perkara ini memang perlu diambil kira juga.
Mana tidaknya, orang lain sedang terkejar-kejar untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar, tapi bila nak menggunakan khidmat mereka, tak balas mesej pula.
Paling tak boleh diterima, jenis yang suka mencaci pelanggan di media sosial.
Kalau tak suka, simpan sajalah. Pelanggan/client itu masih punca rezeki.
Mahal Tak Semestinya ‘Top Notch’.
Selain itu, dia turut menambah supaya orang ramai memahami konsep ‘harga mahal tak semestinya servis akan bagus’.
Anda seharusnya menyemak review yang pernah diberikan oleh pelanggan-pelanggan sebelum ini. Kalau tak tahu nak cek kat mana, buka sahaja di bahagian ‘tagged photos’ di laman media sosial mereka.
Pasti terjumpa satu atau dua review yang tidak memuaskan hati.
Netizen Kongsi Pengalaman.
Netizen tidak melepaskan peluang untuk berkongsikan pengalaman peribadi mengenai isu ini. Malah, ada juga juru gambar yang ‘terpanggil’ untuk menjelaskan perkara tersebut.
Banyak lagi ‘tea’…
Kesimpulannya di sini, buat pihak yang menawarkan servis seperti MUA, juru gambar, designer busana pengantin, door gift, kek, dan sebagainya – mungkin anda perlu bersikap lebih professional.
Ya, kami faham bukan satu ada dua pelanggan/client nak kena layan, tapi janganlah mendiamkan diri sehinggakan pelanggan terpaksa ‘chase’ beberapa kali.
Buat pelanggan pula, jangan terlalu cerewet dan banyak kerenah. Okay?
Jika anda mempunyai pengalaman yang ingin dikongsikan dengan kami, boleh berbuat sedemikian di ruangan komen artikel ini.
BACA JUGA: Lelaki Ini Kupas Isu Kenapa Millennials Susah Cari Jodoh. Setuju?
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.