Now Reading
Ini 4 Amalan Tradisi Yang Tak Wajib Buat Semasa Raya, Kalau Nak Buat Pun Tiada Masalah

Ini 4 Amalan Tradisi Yang Tak Wajib Buat Semasa Raya, Kalau Nak Buat Pun Tiada Masalah

Kebanyakan masyarakat sudah terbiasa melakukan amalan-amalan ini kerana sudah dipraktikkan sejak dahulu lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut tentang hari raya, mesti akan ada beberapa perkara yang difikirkan seperti persiapan baju raya, kuih raya, dan mahu menyambut di kampung siapa dahulu bagi pasangan yang sudah berkahwin.

Buat golongan dewasa yang sudah bekerja pula, persediaan untuk memberi duit raya kepada saudara-mara dan kenalan yang masih kecil juga turut dititikberatkan.

Walaupun perayaan ini disambut sejak dahulu lagi, tetapi adat dan tradisi yang diamalkan masih kekal sama sehingga ke hari ini.


Pemikiran Tentang Raya Yang Masyarakat Perlu Tahu

Berbicara mengenai amalan yang sering dilakukan ketika perayaan Aidilfitri, baru-baru ini seorang pengguna di laman X (@asnawiyusof) telah membuat perkongsian tentang ‘mindset’ berkaitan sambutan ini yang sering dilakukan oleh orang ramai.

Antaranya:

#1. Bagi duit raya
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Sebenarnya, kita tak wajib pun untuk bagi duit raya walaupun sudah bekerja. Ini kerana bagi sesetengah individu, mereka masih belum berkemampuan untuk menyara komitmen perbelanjaan diri sendiri.

Seeloknya, lebih baik jika anda mendahulukan keperluan diri sendiri seperti makan dan minum serta kos untuk membayar segala komitmen.

“Kena ingat orang lain bukan tahu susah kita, orang lain bukan bayar bil kita. Kita saja yang tahu, kita sendiri hadap demi masa depan kita,” kata pengguna X tersebut.

Mungkin ada juga saudara-mara yang akan membuka mulut dan bertanya, “Sudah kerja tapi tak bagi duit raya ke tahun ini?”.

Antara jawapan yang boleh diberikan untuk menjawab pertanyaan itu dengan berhemah adalah seperti:

  1. “Tahun ni tak ada duit raya, insyaAllah lain kali,”.
  2. “Tahun ni bajet lari sikit. Doakan saya boleh beri tahun depan pula ya,”.
  3. “Maaflah, harap-harap tahun depan ada lah insyaAllah,”.
  4. “Biasalah, komitmen wajib kita banyak, yang itu kena setel dulu. Takut tak lepas kat akhirat nanti,”.
  5. Diam saja dan senyum.
#2. Tukar barang rumah
Sumber: Facebook Deco Rumah Cantik

Setiap kali menjelang hari raya, mesti ramai yang mahu menukar barangan rumah seperti langsir, sofa, televisyen dan sebagainya. Maklumlah nanti ramai yang nak datang beraya.

Kalau diikutkan, perkara ini bukanlah satu kewajipan, malah agama Islam juga mengajar umatnya untuk mengamalkan sikap bersederhana dan tidak melakukan pembaziran.

Sekiranya barangan di dalam rumah anda itu masih elok dan boleh digunakan, mengapa perlu beli baru kan? Lebih baik jika perbelanjaan tersebut disimpan untuk kegunaan masa hadapan.

“Beli TV beribu pun buat apa kalau duit belanja isteri pun tak pernah nak beri. Kena ingat, orang lain bukan tahu susah kita, orang lain bukan bayar bil kita. Kita saja yang tahu, kita sendiri hadap demi masa depan kita,” katanya.

#3. Ziarah kubur
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Menziarahi kubur pada hari raya bukanlah satu kewajiipan kerana ia sepatutnya dilakukan juga pada hari-hari lain dan tidak terhad ketika Aidilfitri sahaja.

Jika diikutkan, amalan menziarahi kubur dengan lebih kerap pada waktu-waktu lain sebenarnya boleh memberi pengajaran kepada kita tentang kematian dan memberi peringatan bahawa dunia ini hanya sementara.

Pada hari raya ini, lebih baik menziarahi ahli keluarga yang masih hidup dan sudah lama tidak berjumpa.

“Buat apa ziarah kubur kalau kita masih ego untuk ziarah ahli keluarga yang masih hidup, bertahun lamanya tak jumpa,” kata pengguna X ini.

#4. Beli baju raya
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Tidak dinafikan, membeli baju raya baharu setiap kali menjelang bulan Syawal adalah satu perkara yang biasa dilakukan oleh masyarakat kita.

Tetapi sebenarnya ia bukanlah satu keperluan dan wajib dilakukan untuk membolehkan seseorang menyambut perayaan ini.

Kalau ada baju raya tahun-tahun sebelum ini yang masih cantik dan elok, apa salahnya kalau kita pakai balik kan?

Tambahnya lagi, orang lain mungkin sudah terlupa warna dan corak baju yang kita pakai pada tahun-tahun terdahulu.


Tips ‘Common Sense’ Bila Pergi Beraya

Dalam kita menyambut kemeriahan Aidilfitri, jangan lupa untuk menjaga adab ketika berada di rumah seseorang, tak kisahlah serapat mana kita dengan mereka sekalipun.

Perkara paling penting ketika membuat ziarah raya di rumah ahli keluarga dan rakan-rakan adalah bersikap ‘common sense’.

Antaranya:

  • Memerhatikan kelakuan anak-anak.
  • Memberi makluman awal sebelum berkunjung ke rumah seseorang.
  • Tidak sesuka hati mencium bayi mereka yang masih kecil.
  • Membasuh pinggan selepas digunakan.
  • Makan kuih raya secara berpada-pada.
  • Menjamah sedikit hidangan walaupun sudah kekenyangan.
  • Jangan merokok di kawasan rumah.
  • Elakkan beraya di rumah seseorang sehingga lewat malam.
  • Elakkan dari bertanya tentang soalan yang sensitif kepada tuan rumah.
Sumber: Astro Awani

Di sebalik keseronokan menyambut perayaan Aidilfitri, sama-samalah menjaga adab ketika berziarah supaya tuan rumah pun selesa dengan kunjungan kita.

Selain itu, ramai juga yang memberi nasihat untuk ‘membutakan mata dan membisukan mulut’ ketika masuk serta keluar dari rumah seseorang supaya tiada aib tuan rumah didedahkan kepada orang lain.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 9 ‘Common Sense’ Tetamu Perlu Tahu Bila Beraya Di Rumah Orang Nanti!

Baca Artikel Berkaitan: Rumah Dah ‘Raya-Ready’ Ke Belum? Ini 4 Tips Untuk Bantu Persiapan Syawal Anda

Baca Artikel Berkaitan: 9 Idea Menarik Untuk ‘Posing’ Gambar Raya Bersama Keluarga. Yang Penting Gambar Cantik!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd