Now Reading
[Video] Ini Cara Untuk Kurangkan Habuk & Haiwan Perosak Di Dinding Rumah

[Video] Ini Cara Untuk Kurangkan Habuk & Haiwan Perosak Di Dinding Rumah

Bancuhan yang digunakan bagi mengelap dinding rumah itu dihasilkan menggunakan tiga bahan sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Adakah dinding rumah anda sentiasa berhabuk? Apabila berhabuk, datang pula haiwan-haiwan perosak seperti cicak dan kamitetep (ulat habuk).

Selalunya walaupun habuk tersebut telah dicuci, ia pasti akan muncul semula setelah beberapa hari. Jadi apa yang boleh kita lakukan?

Seorang pengguna TikTok, Wawa Fatimah, telah berkongsi tips atau kaedah yang dipraktikkan olehnya bagi mengurangkan habuk pada dinding rumah iaitu dengan menggunakan cecair bancuhan.

Bancuhan tersebut bukan sahaja dapat mengurangkan habuk, tetapi juga menyebabkan rumah sentiasa berbau wangi.


Hanya Guna 3 Bahan Untuk Buat Bancuhan

Bancuhan tersebut hanya menggunakan tiga bahan sahaja yang kebiasaannya pasti ada di rumah iaitu:

  1. Cuka makanan (vinegar)
  2. Pelembut pakaian
  3. Air

Di dalam baldi, campurkan dua atau tiga titis cuka makanan bersama pelembut pakaian, kemudian tambahkan air. Hanya guna air paip sahaja dan tidak perlu menggunakan air panas.

Kemudian, lapkan sahaja bancuhan pada dinding rumah untuk mengelakkan habuk daripada berkumpul dan kehadiran haiwan perosak.

Untuk lebih mudah, gunakan mop jenis leper agar lebih cepat mengelap dinding berbanding menggunakan kain.

Anda juga diingatkan agar tidak mencampur terlalu banyak pelembut pakaian ke dalam bancuhan supaya permukaan yang dilap tidak menjadi melekit atau licin. Jika perkara ini terjadi, bilaskan permukaan dengan air biasa.


Jangan Lap Bancuhan Pada Dinding Dengan Cat Kapur

Dalam masa sama, Wawa mengingatkan orang ramai supaya memastikan dinding tidak menggunakan cat yang mudah tertanggal apabila terkena air, seperti cat kapur, terlebih dahulu. Ini kerana ia boleh menyebabkan dinding jadi bercapuk.

Untuk elakkan perkara tersebut daripada berlaku pada anda, boleh cuba lap bancuhan sedikit dahulu pada dinding dan perhatikan jika cat tertanggal atau bercapuk.

Jika bancuhan tersebut tidak boleh dilapkan pada dinding, jangan risau. Anda boleh juga menggunakannya untuk mengemop lantai dan mengelap kipas, lampu, perabot serta perhiasan rumah.


Lap Dinding Dengan Bancuhan Setiap Minggu

Wawa berkata perkara tersebut boleh dilakukan seminggu sekali agar habuk di dalam rumah dapat dikurangkan. Jika masa tidak mencukupi, boleh juga lakukannya sekali dalam sebulan.

Untuk mengurangkan haiwan perosak, lakukan kaedah tersebut setiap hari terlebih dahulu. Setelah kehadiran haiwan perosak dilihat berkurangan, barulah gunakan bancuhan tersebut seminggu sekali.

Menjenguk ke ruangan komen, individu yang telah mencuba kaedah ini berkata ia benar-benar berkesan bagi mengurangkan kehadiran haiwan perosak seperti cicak, lipas dan semut.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd