Now Reading
Orang Awam Gotong-Royong Bersihkan Alor Lempah. Memang Terbaik!

Orang Awam Gotong-Royong Bersihkan Alor Lempah. Memang Terbaik!

Ada bekas makanan, botol kaca dan yang paling menjijikkan adalah lampin kanak-kanak yang berisi najis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sekarang ini ramai yang mula keluar melakukan aktiviti dengan ahli keluarga dan juga rakan-rakan di kawasan alam sekitar seperti di sungai dan air terjun.

Dah berbulan-bulan terperap dalam rumah, inilah masanya untuk menikmati semula keindahan alam semula jadi.

Lebih-lebih lagi apabila kerajaan sudah membenarkan rakyat untuk rentas daerah dan juga negeri.

Macam-macam tempat boleh pergi.

Kredit: Top-rated Online

Bila makin ramai yang keluar beraktiviti, tak terkejut sangatlah bila sampah-sarap pun makin banyak juga.

Melihat longgokan sampah yang semakin menjadi-jadi, seorang pengguna Tiktok @paihdiki berkongsi video dia dan masyarakat tempatan membuat gotong-royong membersihkan sampah-sarap di Alor Lempah yang terletak di Kuala Kubu Baru, Selangor.

Sebelum ini, dia pernah berkongsi lokasi itu kepada masyarakat sehingga tempat tersebut dikunjungi ramai.

@paihdiki

Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu! More info about this place visit IG Faizdickievp #fyp #foryoupage #foryourpage

♬ Summer – Instrumental – Devinney

Tapi, tak sangka pula lokasi viral itu sekarang penuh dengan sampah.

Ajak masyarakat tempatan gotong-royong bersihkan kawasan

Pada awalnya, lelaki ini berasa serba salah kerana menjadikan lokasi itu viral kepada orang awam sehingga terjadinya banyak longgokan sampah.

Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, dia mengajak orang ramai untuk sama-sama membersihkan semula kawasan di Alor Lempah itu.

Macam-macam yang mereka jumpa ketika dua jam bergotong-royong di sana.

Ada bekas makanan, botol kaca dan yang paling menjijikkan adalah lampin kanak-kanak yang berisi najis.

Eww…

Selain longgokan sampah, ada juga sampah-sampah yang dibakar. Tetapi sebenarnya tak elok membakar sampah kerana boleh merosakkan rumput-rumput di kawasan itu.

Ketika bergotong-royong, lelaki ini juga sempat berjumpa dengan pihak Majlis Daerah dan penduduk tempatan di kawasan Alor Lempah.

Katanya, mereka menerima kunjungan orang ramai yang ingin ke Alor Lempah tetapi dinasihatkan supaya membawa pulang sampah masing-masing.

Perkongsian video ini telah pun meraih 68,700 tontonan setakat artikel ini ditulis.

@paihdiki

This time kita tolong bersihkan sampah. Please share this kalau korg suka nature! #fyp #foryoupage #foryourpage

♬ original sound – Paihdiki – Paihdiki

Tak salah nak beriadah di kawasan alam sekitar, yang penting kita kena pandai jaga kebersihan.

Buang sampah di tempat yang sepatutnya.

Bukankah lebih baik begitu?


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd