Now Reading
Influencer Ceddy Selar Dakwaan Bangsa Cina Tak Mandi Pagi Kerana Mahu Buang ‘Ong’

Influencer Ceddy Selar Dakwaan Bangsa Cina Tak Mandi Pagi Kerana Mahu Buang ‘Ong’

Ceddy menafikan bahawa golongan berbangsa Cina tidak mandi di awal pagi dan berpendapat sikap itu hanya diamalkan oleh mereka yang tidak menjaga kebersihan diri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila bercakap bab kebersihan diri, mandi adalah salah satu daripadanya.

Kalau seseorang itu tidak mandi, badan mereka akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan dan boleh membuatkan individu di sekeliling kurang selesa.

Namun begitu, ada juga segelintir pihak yang mengambil ringan tentang penjagaan kebersihan diri meskipun berkaitan mandi sebelum memulakan hari mereka.


Influencer Selar Dakwaan Kaum Cina Tidak Mandi Pada Waktu Pagi

Berbicara tentang mandi, sebelum ini seorang pengguna X (Twitter @GittewTiber) memuat naik ciapan dan mengajukan soalan dengan mempersoalkan mengapa sesetengah ‘orang China’ mempunyai bau badan yang agak pelik.

Ciapan tersebut walau bagaimanapun telah mendapat perhatian seorang influencer tempatan berbangsa Cina yang dikenali sebagai Ceddy atau nama sebenarnya Ceddy Ang.

Dalam ciapan yang dimuat naik oleh Ceddy di laman X (Twitter @CeddyOrNot), dia mendakwa ramai pihak yang berpendapat bangsa Cina mempunyai bau seakan-akan hamis, hancing serta seperti bawang putih.

Namun begitu, Ceddy menyelar dakwaan tersebut dan menafikan bahawa golongan berbangsa Cina tidak mandi di awal pagi.

Tambahnya lagi, sikap berkenaan hanya dilakukan oleh individu yang malas sahaja.

Saya tak tahu siapa yang cakap Cina tak mandi pagi sebab boleh buang ong. Tak masuk akal! Sebab yang sebenar adalah kerana mereka malas tapi mana boleh pagi pagi tak mandi aiyo panaslah negara kita.

Ceddy.

Ceddy juga berpendapat sikap segelintir pihak itu tidak boleh dipukul rata dengan orang lain.

Walau bagaimanapun, pengguna laman X (Twitter @GittewTiber) menjelaskan ciapannya itu tidak merujuk kepada bangsa Cina tetapi kepada masyarakat dari negara China.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Terhadap Ciapan Ceddy

Ciapan Ceddy itu mendapat perhatian netizen di media sosial dan pelbagai reaksi yang diterima.

Segelintir netizen mendedahkan mereka pernah berdepan dengan beberapa individu yang dipercayai tidak mandi di awal pagi kerana boleh menghidu bau badan agak kurang menyenangkan.

Dalam pada itu, ada juga netizen berbangsa Cina yang bersetuju dengan kenyataan dari Ceddy yang menyelar dakwaan bahawa mereka tidak mandi di awal pagi.

Pada masa yang sama, netizen turut berpendapat bahawa sikap ini tidak hanya tertumpu kepada satu kaum sahaja, sebaliknya ia bergantung kepada pendirian seseorang secara individu.

Sebahagian netizen berpendapat sikap malas untuk mandi ini tidak sepatutnya diamalkan kerana kebersihan diri merupakan antara aspek penting yang perlu dijaga.

Sumber: X (Twitter)

Profil Tentang Ceddy

Ceddy Ang, 32, berasal dari Pulau Pinang, ‘The Land Of The Greatest Food’.

Ketika ditanyakan soalan tentang latar belakang dirinya, Ceddy mengulas selepas menghabiskan sesi persekolahan, dia mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang.

Setelah itu, dia mula bekerja sebagai seorang Marketer bermula sebagai Sales Person, Eksekutif Pemasaran (Marketing Executive), Pengurus Pemasaran (Marketing Manager) dan seterusnya menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang Pemasaran (Masters In Marketing).

Untuk pengetahuan umum, sebelum ini Ceddy juga pernah bergiat dalam dunia gaming iaitu salah seorang ‘Live Streamer’ di platform Twitch.

Akan tetapi, Ceddy tetap mencuba untuk mencabar diri sendiri seterusnya memuat naik beberapa konten di platform TikTok. Dan siapa sangka usaha itu membuahkan hasil dan telah menjadi salah satu kemenangan terbesar buat dirinya sehingga hari ini.

Artikel Berkaitan: [Ekslusif] CeddyOrNot Pernah Berhasrat Jadi Pensyarah? Ini Fakta Tentang Ceddy Yang Ramai Tak Tahu

Artikel Berkaitan: [Video] Ceddy Kongsi Pengalaman Pertama Kali Puasa Dengan Sahur 7 Biji Kurma


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd