Now Reading
[Video] Gelagat Maskot Tarian Singa ‘Layan’ Aksi Silat Lelaki Buat Netizen Terhibur

[Video] Gelagat Maskot Tarian Singa ‘Layan’ Aksi Silat Lelaki Buat Netizen Terhibur

Seorang lelaki berbaju Melayu dilihat menari dan bersilat di hadapan maskot singa sekitar Taman Perniagaan, Tamarind Square, Sepang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, berbaki lagi beberapa hari rakyat berbangsa Cina akan menyambut perayaan yang paling ditunggu-tunggu oleh mereka iaitu Tahun Baru Cina.

Kalau anda perasan di tempat awam atau pusat beli-belah, sudah ada maskot yang melakukan persembahan tarian singa di khalayak ramai. Memang cukup meriah!


Maskot Singa Layan Gelagat Lelaki Bersilat

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@ropeqqq), menyaksikan suasana heboh sekitar Taman Perniagaan, Tamarind Square, Sepang.

Dalam hantaran tersebut, seorang lelaki berbaju Melayu hitam dilihat mendekati maskot singa yang berada di lokasi tersebut.

Meskipun pada awalnya, langkah lelaki itu dilihat normal dan bersahaja, namun siapa sangka dia secara tiba-tiba menari di hadapan maskot tersebut. Seolah-olah sedang mencabar individu bermaskot untuk melawan aksinya dengan tarian singa.

Tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan bakat, maskot singa berwarna jingga itu kemudian menyertai lelaki itu untuk menari bersama-sama. Lebih mencuit hati adalah apabila singa tersebut seakan mahu menggigit ketika lelaki itu menunjukkan aksi silat pula.

Bukan itu sahaja, para pengunjung yang berada di lokasi kejadian juga dilihat terhibur apabila maskot tersebut kemudiannya ‘ajak geng’ untuk berlawan dengan lelaki berbaju Melayu itu. Tak nak kalah ya.

https://www.tiktok.com/@ropeqqq/video/7331248528494234898

Netizen Bangga Lihat Masyarakat Hidup Harmoni Bersama

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan sketsa lucu yang ditampilkan oleh lelaki yang bersilat serta maskot-maskot singa berkenaan.

“Kelakar betul abang ni. Memang syok tengok macam ni, semua kaum boleh gembira bersama,” ujar seorang individu.

Sumber: TikTok (@ropeqqq)

Malah, ada juga warganet yang berbangga menjadi seorang warga Malaysia kerana dibesarkan dalam masyarakat harmoni.

“Kita hidup secara harmoni antara satu sama lain dan itu membuatkan saya bersyukur serta berbangga menjadi rakyat Malaysia,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok (@ropeqqq)

Sementara itu, ramai di kalangan warganet meluahkan rasa gembira melihat masyarakat yang menunjukkan semangat 1 Malaysia.

“Aku sukalah tengok bila kita 1 Malaysia macam ini. Happy go lucky sangat,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@ropeqqq)

Apa Kaitan Tarian Singa Dengan Tahun Baru Cina?

Lazimnya, anda akan lihat persembahan tarian singa dianjurkan pada perayaan Tahun Baru Cina. Namun adakah anda tahu maksud di sebalik tarian tersebut?

Tarian singa ialah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina di mana penari akan meniru pergerakan singa. Maskot singa itu disarung oleh dua orang penari iaitu seorang berada di hadapan untuk menggerakan bahagian kepala, manakala pasangannya diletakkan pada bahagian belakang kostum tersebut.

Sumber: Unsplash

Untuk masyarakat berbangsa Cina, singa dianggap sebagai haiwan bertuah yang mampu menghilangkan petanda buruk dan bawa nasib baik kepada seseorang.

Bukan itu sahaja, ia juga dipercayai membawa kekayaan atau kemakmuran kepada pemilik jika tarian singa dipersembahkan di premis kedai dan rumah.

Sumber: Unsplash

Oleh disebabkan itu, tarian singa akan dianjurkan setiap kali perayaan Tahun Baru Cina supaya masyarakat setempat diberkati dengan tuah yang baik menjelangnya tahun baru.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Erti Sebenar Perpaduan, Keluarga Melayu Layan ‘World Cup’ Di Rumah Jiran Berbangsa Cina [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Pandai Sungguh Kai Kai” – Netizen Teruja Anak Cina Fasih Berbahasa Tamil

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Orang Awam Tolong Pemuda Pakaikan Tali Leher Buat Ramai Terharu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd