[Video] Orang Awam Tolong Pemuda Pakaikan Tali Leher Buat Ramai Terharu
Bukan setakat tolong pakaikan tali leher, lelaki itu juga siap betulkan rambut dan bagi kata-kata semangat.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap peramah dan saling bantu-membantu tanpa mengira bangsa, agama dan kaum.
Sebagai contoh, kita boleh lihat ketika berlakunya banjir baru-baru ini.
Ramai rakyat Malaysia yang menghulurkan bantuan kepada satu sama lain walaupun mereka bukan ahli keluarga mereka.
BACA JUGA: [Video] Pengantin Dipuji Agih Lauk Kenduri Pada Mangsa Banjir
Seronok bila kami tengok kita semua hidup secara harmoni macam ni.
Persis ayah dan anak
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @royroy1228 membuat eksperimen sosial di kawasan Kuala Lumpur bersama orang awam.
Lelaki yang dikenali sebagai Roy itu berlakon seperti ingin pergi ke temuduga kerja dan dia seolah-olah tidak tahu cara untuk memakai tali leher.
Di dalam video itu, Roy dilihat menghampiri seorang lelaki untuk meminta tolong memakaikan tali leher.
Lelaki tersebut juga dilihat tidak menolak permintaan tersebut dan segera membantu Roy.
Lelaki itu bukan sahaja tolong pakaikan tali leher, dia juga siap betulkan rambut Roy dan memberi kata-kata semangat.
Siapa sangka eksperimen sosial itu membuatkan Roy sendiri terharu sehingga mengalir mata apabila seorang lelaki yang menolongnya itu persis ayah yang menyiapkan anaknya.
Alahai, kami pun sedih pula tengok.
@royroy1228 When a jobseeker ask for help with his necktie in Malaysia#tiktokmalaysia
♬ A warm piano instrumental ballad(808701) – NOPPO MUSIC
Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih 1.5 juta tontonan ketika artikel ini ditulis.
Netizen pun terharu sekali
Kebanyakan warganet yang melihat video ini juga terharu apabila melihat rakyat Malaysia saling bantu-membantu.
Rupanya bukan kami je yang menangis, netizen lain pun turut sama mengalir air mata sambil tengok video ini.



Seronok betul tengok rakyat Malaysia macam ni.
Walaupun mereka orang yang tidak dikenali, tapi sudah menjadi budaya di Malaysia apabila kita panggil mereka sebagai pakcik, makcik, kakak, abang dan adik.
Rasa macam keluarga pula kan?
Bangga jadi rakyat Malaysia bila masing-masing saling menghormati.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.