Now Reading
“Pandai Sungguh Kai Kai” – Netizen Teruja Anak Cina Fasih Berbahasa Tamil

“Pandai Sungguh Kai Kai” – Netizen Teruja Anak Cina Fasih Berbahasa Tamil

Budak lelaki yang dikenali sebagai Kai Kai dilihat fasih bertutur dalam bahasa Tamil dengan jiran sebelah rumahnya dan berkongsi hubungan rapat sesama keluarga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia merupakan negara yang kaya dengan pelbagai budaya dan bangsa. Walaupun hidup dengan bangsa yang berbeza, ini tidak menjadi halangan buat setiap lapisan masyarakat untuk hidup dalam keadaan harmoni.

Kita boleh lihat, rakyat Malaysia akan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tidak kira warna kulit dan kepercayaan.

Seperti dalam satu kisah sebelum ini, masyarakat berbangsa Melayu dilihat dengan gembira menolong seorang individu bangsa Cina memakai tali leher di tempat awam.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Orang Awam Tolong Pemuda Pakaikan Tali Leher Buat Ramai Terharu


Rapat Dengan Jiran Bangsa India, Budak Cina Fasih Bertutur Dalam Berbahasa Tamil

Seorang budak lelaki berbangsa Cina telah menjadi bualan di media sosial selepas dia dilihat bertutur dalam berbahasa Tamil dengan lancar. Budak lelaki yang dikenali sebagai Kai Kai tular di akaun TikTok (@kartik_suresh) selepas dia muncul dalam video jirannya bernama Kartik Suresh.

Dalam salah satu video yang dikongsi, Kai Kai kedengaran bercakap dengan Kartik dalam bahasa Tamil yang cukup fasih semasa mereka sedang menyediakan lassi mangga bersama-sama.

Dalam hantaran yang sama, Kai Kai mencadangkan supaya Kartik mencampurkan buah epal dan anggur untuk menambahkan kemanisan dalam minuman tersebut.

Sumber: TikTok (@kartik_suresh)

Dia juga turut dilihat bercakap dengan ibu Kartik yang dipanggil sebagai Amma, dan bertanya sama ada terdapat buah epal atau tidak di rumahnya.

Memang nampak rapat sungguh ya Kai Kai dengan keluarga itu!

Terdahulu, Kartik telahpun memperkenalkan keluarga Kai Kai kepada pengikutnya seramai 73,000 orang pada tahun 2022.

Untuk info, Kai Kai yang terdiri daripada dua orang adik beradik adalah satu-satunya yang kelihatan rapat dengan keluarga Kartik.

Sumber: TikTok (@kartik_suresh)

Kalau anda nak tahu, budak lelaki itu berkongsi ikatan erat dengan ibu Kartik kerana dia telah menjaganya sebagai pengasuh sejak kecil.

Adik Kai Kai juga pernah siap mengadu kepadanya apabila Kartik tidak mahu memberikan makanan ringan dan minuman manis.


Netizen Teruja Lihat Hubungan Akrab Budak Cina Bersama Keluarga India

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen suka melihat Kai Kai berinteraksi dengan keluarga Kartik dan berkata dia bertuah kerana mempunyai keluarga kedua yang menyayanginya.

Mereka berasa budak kecil itu sudah seperti anak bongsu keluarga Kartik.

Sumber: TikTok (@kartik_suresh)

Menurut orang ramai, mereka cemburu dengan hubungan rapat antara kedua-dua jiran itu dan berharap mereka mempunyai ikatan yang sama.

“Cara dia panggil Amma sangat comel,” kata seorang netizen di ruangan komen.

Sumber: TikTok (@kartik_suresh)

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Gadis Bangsa Cina Fasih Dialek Kelantan Kini Hiasi Papan UTHM

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Kagum Nenek Perancis Fasih Loghat Terengganu

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Pelancong Di Sabah Cakap Bahasa Korea, Tapi Ramai Terhibur Ada ‘Slang’ Jawa

Sumber: TikTok (@kartik_suresh)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd