Now Reading
Wanita Pijak Pokok Jiran Lepas Parkir Kereta Undang Perhatian Ramai

Wanita Pijak Pokok Jiran Lepas Parkir Kereta Undang Perhatian Ramai

Seorang wanita dilihat memijak sebuah pokok tumbuhan milik jiran selepas ia menghalang dirinya keluar daripada kereta Honda HR-V.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hidup berjiran sememangnya memberikan pelbagai manfaat kerana golongan itulah yang akan membantu anda dikala dalam kesusahan.

Namun begitu, ada juga kes di mana jiran bersikap mementingkan diri sendiri sehingga memberi kemudaratan kepada kehidupan mereka yang tinggal di kawasan sama.

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Beradab!” – Lelaki Berang Ada Jiran Parkir Kereta Sesuka Hati Depan Pagar Rumah Hingga Halang Laluan


Wanita Pijak Pokok Kerana Ganggu Laluan Keluar Daripada Kereta

Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@annzzle), menyaksikan seorang wanita dan seorang lelaki sedang turun daripada kereta jenis model Honda HR-V selepas meletakkan kenderaan di lorong jalan.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) dikongsi, wanita yang turun daripada tempat duduk penumpang itu dilihat sedang memeriksa keadaan pintu dipercayai tercalar akibat pokok tumbuhan berdekatan.

Wanita tersebut kemudian memijak pokok tumbuhan tersebut sehinggalah batangnya terpatah.

Mengintai ke ruangan komen, pemilik pokok tumbuhan yang dikenali sebagai Annzzle meluahkan rasa kecewa terhadap sikap jiran yang merosakkan tanamannya sesuka hati.

https://www.tiktok.com/@annzzle/video/7331841934979386631

Insiden itu dalam masa sama telah mengundang pelbagai reaksi netizen selepas dimuat naik semula di laman X (Twitter).


Netizen Berang Lihat Aksi Wanita Pijak Pokok Jiran

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengguna laman X meluakan rasa berang terhadap sikap jiran yang tidak bertimbang rasa.

“Terkedu aku tengok. Orang tanam pokok situ sebab tak nak kau parking di situ la. Dah lah berjiran tetapi tiada common sense patahkan pokok tak berdosa tu,” ujar seorang netizen.

Sumber: X

Dalam pada itu, ada juga netizen mengecam tindakan wanita tersebut kerana merosakkan tumbuhan yang boleh memberikan kemudahan kepada penduduk setempat pada masa akan datang.

“B*ongok punya perangai. Dia tak tahu ke cuaca panas terik tak menentu. Tanam pokok untuk sejuk dan berteduh bila sudah besar. Kawasan tu milik awam bukan tempat kau sorang,” kata seorang individu.

Sumber: X

Bukan itu sahaja, ramai juga mempersoalkan tindakan pemandu yang tidak parkir keretanya di bahagian depan agar dapat mengelak daripada dihalang pokok tumbuhan.

“Apa salahnya kau parking depan sikit. Dah lah parking sesuka hati lepas itu marahkan pokok itu dengan alasan ganggu kau nak keluar kereta,” jelas seorang lelaki.

Sumber: X

Laporkan Pada Pihak Berkuasa Sekiranya Diganggu Jiran

Buat mereka yang sering diganggu atau jiran melakukan sebarang kerosakan terhadap hak milik, anda boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan. Sebagai contoh Majlis Perbandaran atau Majlis Bandaraya seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kes seperti itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976 termasuklah menyebabkan bencana, kerosakan, kegusaran, bahaya, kecacatan kepada deria, kesihatan, harta, keselamatan atau hak penduduk lain.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bengang Jiran ‘Sumbat’ Sampah Dalam Kereta Akibat Salah Lot Parking, Pemuda Ini Buat Laporan Polis

Baca Artikel Berkaitan: Jiran Tumpang Jemur Kain Sampai Guna Pagar 5 Buah Rumah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd