[Video] Bengang Jiran ‘Sumbat’ Sampah Dalam Kereta Akibat Salah Lot Parking, Pemuda Ini Buat Laporan Polis
Pemilik lot parkir berkenaan didakwa telah bertindak mengumpil dan membuka kereta jirannya untuk memasukkan sampah di tempat duduk pemandu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Hidup berjiran ini memang kena bersedia dengan pelbagai jenis ragam. Kalau dapat jiran yang baik, memang bersyukur sangat sebab tak banyak buat hal. Tapi jika dapat sebaliknya, pening juga tu.
Sebelum ini, pernah tular satu kes di Lumut, Perak apabila jiran tumpang jemur baju pada pagar rumah orang lain. Bukan satu, tapi LIMA rumah ya! Tak pernah dibuat orang.
BACA JUGA: Jiran Tumpang Jemur Kain Sampai Guna Pagar 5 Buah Rumah
Jiran ‘sumbat’ sampah dalam kereta jiran kerana tersalah ambil lot parking
Menerusi perkongsian dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (bundlekitaa_) dimuat naik baru-baru ini, keretanya dipercayai telah ‘disumbat’ dengan sampah di bahagian tempat duduk pemandu sehingga menyebabkan bau busuk.
Lelaki ini yang bekerja sebagai pramugara menjelaskan perbuatan itu dilakukan oleh jirannya sendiri gara-gara tersalah masuk petak parkir dan menyebabkan tayar keretanya dikunci oleh pengawal keselamatan.

Kereta berkunci tetapi macam mana jiran dia boleh masukkan sampah?
Menurut lelaki ini, pemilik lot parkir itu didakwa telah bertindak mengumpil dan membuka kereta berkenaan untuk memasukkan sampah sarap.
Selepas kejadian tersebut, pemuda ini terus membuat laporan polis dan menceritakan hal sebenar.

Video yang dimuat naik itu mendapat perhatian ramai dan telah meraih 2.4 juta tontonan ketika artikel ini ditulis.
Orang ramai beri pendapat yang berbeza-beza
Di ruangan komen, pelbagai pendapat diberikan oleh pengguna media sosial. Rata-ratanya tidak menyokong perbuatan meletakkan kereta di di petak parkir orang lain.


Pada masa sama, ada juga yang ‘back-up’ mangsa kerana menganggap perbuatan membuka dan memasukkan sampah ke dalam kenderaan seseorang adalah sesuatu tidak beradab.



Bila dah jadi macam ini, harapnya kita semua boleh ambil pengajaran daripada apa yang berlaku.
BACA JUGA: “Kereta Siapa Ni?” – Tuan Rumah Balik, Siap Ada Myvi Parkir Dalam Pagar
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.