Now Reading
Jiran Tumpang Jemur Kain Sampai Guna Pagar 5 Buah Rumah

Jiran Tumpang Jemur Kain Sampai Guna Pagar 5 Buah Rumah

Bila ternampak tuan rumah dah balik, cepat-cepat jiran itu datang kutip kain jemuran di pagar yang ditumpang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Boleh dikatakan hampir setiap hari akan hujan di beberapa tempat kerana sudah masuk musim tengkujuh.

BACA JUGA: Met Malaysia Beri Amaran Monsun Timur Laut Bermula 3 November Hingga Mac 2022

Bila selalu hujan, baju pun susah nak kering.

Jadi, nak tak nak memang kena cari kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari supaya baju cepat kering dan tersedia untuk dipakai semula.

Tapi, siapa sangka ada yang sampai sanggup pergi sidai baju dekat rumah orang lain?

Ini memang lain macam.

Tumpang jemur baju dekat pagar rumah jiran

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @msriya.1, dia menunjukkan pagar rumahnya dipenuhi dengan kain jemuran yang tidak diketahui asalnya.

Wanita itu agak terkejut melihat pagar rumahnya selepas baru pulang dari Lumut, Perak. Bukan rumah dia je yang kena, empat buah rumah yang lain pun kena benda yang sama.

Tak pernah dibuat orang ni.

Boleh tonton video penuh di sini.

Rupa-rupanya, kesemua kain jemuran tersebut adalah milik jiran selang empat rumah.

Ketika wanita ini baru pulang dari Perak, dia melihat jiran berkenaan tergesa-gesa mengutip semula kain jemuran di pagar rumah.

Wanita ini juga sempat memuat naik video untuk menunjukkan jarak rumahnya dengan jiran yang menumpang pagar untuk menjemur kain.

Memang jauh betul.

Namun, wanita ini memberitahu yang dia tidak marah cuma agak ‘speechless’ melihat perkara itu di depan mata.

Siapa tak terkejut bila tengok ada banyak baju dekat pagar rumah padahal baru je balik.

Nak tengok berapa jauh rumah pemilik jemuran tersebut? Klik di sini.

Netizen pun kongsi pengalaman dengan jiran di kawasan rumah. Ada macam-macam jenis ya.

Di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi melihat kejadian tersebut. Ada yang bersangka baik mungkin dia tak mahu rumah jirannya diserang pencuri ketika tiada orang.

Bukan itu sahaja, ada beberapa orang pengguna TikTok turut berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan jiran mereka.

Kredit: TikTok @msriya.1
Kredit: TikTok @msriya.1

Memang betul orang cakap hidup berjiran ni kena banyak bersabar. Tapi, masing-masing pun kena ada ‘commen sense’ juga untuk memastikan keharmonian kawasan kejiranan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd