Now Reading
“Tak Beradab!” – Lelaki Berang Ada Jiran Parkir Kereta Sesuka Hati Depan Pagar Rumah Hingga Halang Laluan

“Tak Beradab!” – Lelaki Berang Ada Jiran Parkir Kereta Sesuka Hati Depan Pagar Rumah Hingga Halang Laluan

Menurut Azim, tiada siapa di kalangan jiran yang mengaku bahawa kereta Saga yang diletakkan di hadapan pagar rumahnya adalah milik mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dapat dinafikan hidup berjiran mempunyai banyak faedah dan kelebihan seperti dapat membuat kenalan baru serta mengeratkan silaturahim. Malah, jiran ini jugalah yang boleh menghulurkan bantuan sekiranya anda berada dalam kecemasan.

Namun ada yang tidak bernasib baik kerana mempunyai jiran yang mempunyai sikap mementingkan diri sendiri.

Kadangkala ada sahaja kelakuan mereka yang mengundang kemudaratan selain menimbulkan kemarahan kepada penduduk lain.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bengang Jiran ‘Sumbat’ Sampah Dalam Kereta Akibat Salah Lot Parking, Pemuda Ini Buat Laporan Polis


Jiran Parkir Kereta Depan Rumah Tanpa Kebenaran

Baru-baru ini, tular satu klip video menerusi akaun TikTok (@azimsulaiman_as) apabila dia mendakwa terdapat jiran di kawasan perumahannya yang telah meletakkan sebuah kereta Proton Saga di hadapan pagar rumah sehingga menghalang laluan.

Bukan sahaja di depan rumah, malah ada juga kereta yang parkir di sisi kawasan kediaman tanpa mendapatkan kebenarannya.

Berasa kecewa dengan sikap penduduk setempat, Azim berkata dia kadangkala menyesal membeli rumah sekitar kawasan itu yang dipercayai di Puchong, Selangor.

“Kadangkala menyesal beli rumah dekat sini. Tapi apakan daya, tidak boleh ramal masa depan.

“Kalau la rumah ni disewa, dah lama aku angkat kaki. Kita beli rumah landed sebab nak senangkan keluar masuk rumah tetapi isu lain pulak yang timbul,” jelasnya.

https://www.tiktok.com/@azimsulaiman_as/video/7318973701498653953?_r=1&_t=8ijfvIMztkF

Tiada Jiran Yang Mengaku Kereta Milik Siapa

Azim berpendapat sekiranya seseorang itu memiliki kenderaan yang banyak sehingga tiada ruang untuk meletakkannya, mereka harus memarkir kereta di kawasan yang lebih jauh agar ia tidak mengganggu masyarakat sekitar.

Malah dia menyuarakan kebimbangan sekiranya berlaku apa-apa kecemasan namun laluan keluar masuk rumah terhalang dek kereta tersebut.

“Dah cuba tanya semua orang tetapi tiada yang mengaku kereta siapa ni. Tidak akan kereta bunian pulak. Letih la macam ni,” luahnya.

Menurutnya, dia buntu dan runsing jenis tindakan yang boleh diambil terhadap golongan jiran sebegitu.


Polis Ambil Tindakan Susulan Aduan Diterima

Azim bagaimanapun telah mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa bagi menangani masalah tersebut.

Menerusi sebuah lagi perkongsiannya di TikTok, dia telah melaporkan kejadian tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak mereka kemudian datang ke lokasi kejadian susulan aduan diterima.

Azim dalam masa sama berterima kasih kepada pihak polis kerana cekap dan tangkas mengendalikan kes itu. Buat mereka yang sedang berhadapan dengan situasi sama, Azim berkongsi dua kaedah yang boleh dilakukan bagi membendung masalah tersebut.

Katanya, anda boleh melaporkan terus dengan PDRM atau menghubungi pihak berkuasa tempatan di negeri masing-masing. Susulan aduan diterima, pihak tersebut akan ‘towing’ kereta sehingga pemilik kenderaan membayar kos tundaan berkenaan.

https://www.tiktok.com/@azimsulaiman_as/video/7319001779209800961?_r=1&_t=8ik8bR9F5nT

Reaksi Netizen Terhadap Tingkah Laku Jiran Yang Tak Bertanggungjawab

Menjengah ke ruangan komen, segelintir pengguna laman TikTok telah berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama dilalui di kediaman mereka.

“Jiran baru saya lagi la. Empat biji kereta dia sapu semua parking jiran-jiran lain. Dah tahu kaya, kereta beli banyak, belilah rumah lot asing,” kata seorang netizen.

Sementara itu, ada juga yang memberi saranan kepada lelaki itu untuk meletakkan papan tanda ‘dilarang parking’ di hadapan pagar agar mereka tidak mengulangi perkara sama.

“Letak signboard dekat gate, no parking,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok (@azimsulaiman_as)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jiran Ganggu Rumah Lelaki Bujang Tengah Malam, Ajak Buat Benda Tak Senonoh

Baca Artikel Berkaitan: Jiran Tumpang Jemur Kain Sampai Guna Pagar 5 Buah Rumah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd