Now Reading
[Video] Jiran Ganggu Rumah Lelaki Bujang Tengah Malam, Ajak Buat Benda Tak Senonoh

[Video] Jiran Ganggu Rumah Lelaki Bujang Tengah Malam, Ajak Buat Benda Tak Senonoh

Lebih memeranjatkan lagi apabila jiran tu berjaya juga memasuki rumahnya pada keesokan hari dengan bantuan penyewa baru.

Jiran 'Sejenis' Ganggu Rumah Lelaki Bujang Tengah Malam, Ajak Buat Benda Tak Senonoh

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Masalah mental merupakan salah satu situasi yang sering dialami oleh masyarakat pada zaman ini. Antara punca yang menyebabkan perkara tersebut berlaku adalah kerana bebanan kerja, kewangan, keluarga kesihatan dan sebagainya.

Gangguan mental jika tidak dirawat dengan baik akan mendorong seseorang melakukan perkara yang tidak sepatutnya sehingga boleh membahayakan keselamatan diri mahupun orang lain.

Menyedari kepentingan untuk menangani hal berkenaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil langkah dengan mewujudkan talian bantuan sokongan psikososial seperti Talian Kasih (KPWKM) di 15999 dan KSK Centre (JAKIM) di 03-8870 7515.

BACA JUGA: Skybi Tawar Perkhidmatan Kesihatan Mental Dalam Talian Secara Percuma


Jiran nak buka pintu rumah waktu tengah malam

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Darwisy (@darwisy_aziz), dia mendedahkan kisah ketika diganggu oleh jiran lelaki di sebuah kawasan perumahan di Kota Damansara.

Video berdurasi seminit 39 saat dimuat naik oleh Darwisy menunjukkan detik di mana jiran mereka cuba untuk membuka pintu rumah pada waktu tengah malam.

Lelaki terbabit akhirnya beredar apabila Darwisy mengugut untuk menghubungi pihak polis. Mujur Darwisy bersama dengan rakan serumahnya ketika itu.

Lebih memeranjatkan lagi apabila lelaki berkenaan berjaya memasuki rumah mereka pada keesokan harinya.

Jiran ajak buat perkara tidak senonoh

Darwisy menjelaskan bahawa kejadian ini sebenarnya sudah bermula sejak Jumaat lepas (1 Julai) apabila jiran mereka membuat bising di tingkap bilik rakan serumahnya dan mengajak untuk melakukan perkara tidak senonoh.

Situasi itu berterusan sehingga keesokan harinya sehingga menyebabkan rakannya ketakutan. Walaupun sudah dihalau, tetapi lelaki tersebut buat tidak tahu dan jeritannya meminta Darwisy membuka pintu rumah semakin kuat.

Lelaki berkenaan berjaya masuk ke dalam rumah

Nak dipendekkan cerita, rumah mereka ada satu lagi bilik kosong dan kebetulan penyewa baharu masuk pada hari berkenaan. Bila dilihat riak wajah penyewa baru sebenarnya agak mencurigakan tetapi Darwisy hanya mengendahkan sahaja.

Tetapi apa yang memeranjatkan adalah apabila penyewa baharu tersebut mengajak jiran yang menggangu mereka memasuki biliknya pada jam 12 tengah malam. Terkejut juga mereka apabila mengetahui jiran itu sudah berada di dalam rumah.

Pada malam itu, Darwisy hanya mengunci biliknya dan mendapati jiran tersebut telah dihalau keluar oleh seorang lagi rakannya.

Selepas kejadian berkenaan, Darwisy melaporkan hal terbabit kepada tuan rumah pada keesokan harinya (4 Julai). Penyewa baharu juga telah dihalau dan kunci serta mangga rumah telah ditukar bagi mengelakkan sebarang perkara tidak dingini berlaku.


Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:

  • MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/
  • BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/
  • ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline:  +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd