[Video] Netizen Kagum Nenek Perancis Fasih Loghat Terengganu
Nenek yang dikenali sebagai Christine Rohani pernah muncul di kaca televisyen bersama arwah suami yang bekerja sebagai pembuat kapal Melayu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bila sudah lama menetap di sesebuah tempat, mesti kita akan mula belajar budaya dan bahasa masyarakat sekeliling.
Kalau rakyat Malaysia yang menetap di luar negara seperti di Korea Selatan, mesti ada di antara mereka yang fasih berbahasa Korea. Paling senang nak belajar adalah ucapan hello yang berbunyi “Annyeonghaseyo”.
Di Malaysia pun apa kurangnya. Ramai juga individu bukan warganegara yang sudah lama menetap di sini atas urusan bekerja, berkahwin dengan rakyat tempatan dan sebagainya.
Jangan pelik kalau tiba-tiba dengar mat saleh boleh fasih berbahasa Melayu.
Nenek Perancis sudah 45 tahun menetap di Terengganu
Baru-baru ini, seorang warga emas warganegara Perancis mencuri perhatian apabila dilihat fasih berbahasa Melayu menggunakan dialek Terengganu.
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna TikTok @sabbybolivar yang merupakan cucu kepada nenek tersebut.
Nenek yang dikenali sebagai Christine Rohani sebenarnya sudah 45 tahun menetap di Terengganu.
Patutlah fasih cakap loghat Terengganu.
https://www.tiktok.com/@sabbybolivar/video/7034527734244183322?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1Bukan itu sahaja, nenek berusia 78 tahun ini juga dikatakan suka memakai baju kelawar serta kombinasi baju kebaya dan kain batik setiap hari.
https://www.tiktok.com/@sabbybolivar/video/7034520254554426651?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1Pernah muncul di kaca TV bersama arwah suami
Di ruangan komen, rata-rata netizen suka mendengar suaranya yang lembut sambil bertutur dalam dialek pantai timur itu.
Ada juga mengenali wanita tersebut kerana pernah muncul di kaca televisyen bersama arwah suaminya yang dahulunya terkenal sebagai pembuat kapal Melayu.
Comel betul nenek Perancis cakap loghat Terengganu. Kami yang dah lama duduk Malaysia pun belum tentu boleh fasih bercakap macam dia.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.