Now Reading
Padah Menghendap Isteri Jiran Mandi, Lelaki Dicekup Polis

Padah Menghendap Isteri Jiran Mandi, Lelaki Dicekup Polis

Suami mangsa awalnya menerima maklumat berhubung tindakan suspek menghendap isterinya selepas dimaklumkan oleh jiran yang duduk disebelah rumah mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seorang lelaki ditahan polis selepas dia tertangkap kerana menghendap isteri jirannya yang sedang mandi di Kampung Jawa, Klang pada 4 Mac lalu.

Pelaku yang berusia 20 tahun itu ditahan oleh suami wanita berkenaan di belakang sebuah kedai makan pada hari sama. Lelaki itu kemudiannya menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Jelas Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong siasatan mendapati suami wanita berkenaan menerima panggilan dari jirannya tentang tindakan lelaki berkenaan yang menghendap bilik air di rumahnya sekitar jam 9.30 malam.

Jiran ternampak suspek menghendap bilik air rumah mangsa

Susulan itu, suami mangsa yang berusia 35 tahun menghubungi isterinya. Wanita berusia 28 tahun itu memberitahu dia baru selesai mandi di bilik air kediaman mereka.

“Hasil siasatan mendapati jiran (saksi) tersebut dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang bersebelahan kediaman mangsa.

“Jiran berkenaan telah melihat suspek sedang berdiri di belakang rumah mangsa dengan cara menghendap tingkap bilik air sebelum suspek melarikan diri apabila dihampiri jiran mangsa,” katanya, dipetik Kosmo.

Jiran turut perincikan ciri-ciri suspek yang menetap di kawasan sama

Menurutnya lagi, jiran kepada pasangan suami isteri itu turut memperincikan ciri-ciri suspek terbabit yang juga menetap di kawasan kejiranan berkenaan.

Berikutan itu, suami mangsa telah bertindak mengesan serta menahan lelaki berkenaan di belakang restoran di kawasan kampung tersebut.

“Suspek direman selama tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd