[Video] Wanita Bangsa India Tumpang Bersiap Di Rumah Jiran Melayu Sebelum Majlis Tunang
Difahamkan, makanan yang disajikan ketika majlis pertunangan wanita berbangsa India itu juga disediakan oleh jiran-jiran di kawasan perumahan tersebut.

![[Video] Wanita Bangsa India Tumpang Bersiap Di Rumah Jiran Melayu Sebelum Majlis Tunang](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2023/05/Video-Wanita-Bangsa-India-Tumpang-Bersiap-Di-Rumah-Jiran-Melayu-Sebelum-Majlis-Tunang.jpg)
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Apabila kita berada dalam keadaan susah dah memerlukan pertolongan, jiran adalah individu yang paling hampir untuk menghulurkan bantuan.
Sebab itulah pentingnya untuk kita mempunyai hubungan yang baik dengan jiran tetangga. Bila terserempak dengan satu sama lain, apa salahnya kalau kita senyum pada mereka kan?
Sekali sekali, boleh juga hulurkan makanan yang kita masak kepada mereka.
BACA JUGA: [Video] Jiran Sanggup Redah Air Banjir Demi Selamatkan Wanita Bersalin & Bayinya
BACA JUGA: [Video] Jiran Cina Belanja KFC Buat Jiran Melayu Sebab Tak Dapat Jemput Sambutan ‘Birthday’
Wanita Berbangsa India Bersiap Di Rumah Jiran Melayu Sebelum Ketika Majlis Pertunangan
Keharmonian jiran tetangga di sebuah kawasan perumahan jelas terpampang menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang jurusolek di laman TikTok miliknya (@shadesbyyogesh).
Jurusolek tersebut yang ditugaskan untuk menyiapkan seorang wanita berbangsa India untuk majlis pertunangannya agak terkejut apabila dia mendapat tahu pelanggan itu menumpang rumah jiran berbangsa Melayu untuk bersiap.
Kalau anda dengar perbualan wanita ini bersama jirannya, agak comel juga seolah-olah seperti adik dan kakak.

Keakraban mereka sebagai jiran juga terserlah apabila jurusolek ini menunjukkan rumah mereka yang bersebelahan tidak mempunyai dinding penghalang.
Sekali tengok, memang macam satu rumah yang bergabung.
Difahamkan, makanan yang disajikan ketika majlis pertunangan itu juga disediakan oleh jiran-jiran di kawasan perumahan tersebut.
Video tersebut mendapat perhatian ramai apabila berjaya meraih 354,600 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
Netizen Puji Keharmonian Jiran Tetangga Tanpa Mengira Bangsa
Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan banyak komen positif dari netizen yang memuji keharmonian cara hidup berjiran walaupun berlainan bangsa.
Malah, netizen turut berkongsi pengalaman dengan jiran-jiran yang baik sehingga menganggap mereka sebagai sebahagian daripada keluarga.
Kata mereka, situasi seperti di dalam video di atas adalah perkara biasa di kawasan kampung. Kadangkala jiran pula yang ibarat tuan rumah. Memang meriah sungguh!







Cara Terbaik Untuk Menguatkan Lagi Ikatan Perpaduan Kaum Di Malaysia
Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam persekitaran yang berbilang kaum, penting untuk kita sama-sama mengeratkan perpaduan antara satu sama lain.
Antara perkara-perkara yang boleh rakyat Malaysia amalkan adalah:
- Kerap berkunjung ke rumah jiran berlainan bangsa sempena menyambut perayaan.
- Menganjurkan aktiviti kemasyarakatan dalam penduduk perumahan seperti aktiviti gotong-royong.
- Menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.
- Meraikan sambutan setiap kaum di Malaysia.
- Menggalakkan anak-anak untuk berkawan dengan individu dari kaum berbeza.
BACA JUGA: [Video] Aktiviti Buka Puasa Tengah Jalan Bersama Jiran Dipertikai, Tuan Rumah Tampil Beri Penjelasan
BACA JUGA: [Video] Rider Terkejut Tengok Hiasan Luar Flat Di Taman Keramat Macam Dalam Rumah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.