Now Reading
Jiran Buka 9 Aircond Di Rumah, Penghuni Lain Bengang Dinding Tompok Kulat & Lantai Basah

Jiran Buka 9 Aircond Di Rumah, Penghuni Lain Bengang Dinding Tompok Kulat & Lantai Basah

Lelaki yang membuka sembilan pendingin hawa di rumahnya itu terpaksa membayar bil elektrik berjumlah 10,300 dolar Singapura (RM32,900) sebulan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila tiba musim panas membahang, ramai akan tercari-cari tempat yang berhawa dingin sebab nak sejuk, betul tak?

Cuaca panas pada waktu tengah hari memang tak boleh bawa bincang. Sampai menitik peluh.

Boleh dikatakan hampir kesemua rumah akan sekurang-kurangnya memasang satu alat pendingin hawa untuk menjadikan kediaman lebih selesa dengan suhu yang sejuk.

Jiran pasang sembilan pendingin hawa dan sanggup bayar bil elektrik RM32,900 sebulan

Tidak dinafikan, pendingin hawa boleh memberikan kesejukan dalam rumah. Tetapi lain pula dengan seorang lelaki di Sengkang, Singapura ini apabila dia dikatakan memasang sembilan buah penyaman udara di rumah sewanya.

Memetik laporan Mothership, lelaki tersebut dipercayai memasang kesemua penyaman udara miliknya itu pada suhu 18 darjah Celcius setiap hari.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Maskulin)

Tindakan lelaki itu yang dianggap mementingkan diri telah menimbulkan reaksi kurang senang dari jiran berhampiran kerana telah mempengaruhi keadaan rumah mereka juga.

Dinding rumah jiran bertompok kulat dan lantai basah

Keputusan yang dilakukan oleh lelaki berkenaan telah menyebabkan beberapa jiran terpaksa berhadapan dengan masalah pemeluwapan sehingga mengakibatkan dinding rumah mereka timbil tompok kulat.

Bukan itu sahaja, seorang jiran dikenali sebagai Liu juga berkata dia terpaksa mengelap lantai sebanyak tiga kali sehari kerana lelaki berkenaan berada di tingkat bawah rumahnya.

Kemasan di lantai rumah saya pun sudah merekah disebabkan perbezaan suhu yang berlaku antara dua rumah.

Liu.
Sumber: Shin Min Daily News

Penghuni sembilan pendingin hawa perlu tinggal dalam suhu sejuk untuk tingkatkan imuniti badan

Penghuni rumah tersebut dikenali sebagai Huang berusia 63 tahun memaklumkan dia sebenarnya menghidap kanser hati dan memerlukan persekitaran yang sejuk untuk meningkatkan imuniti badannya.

Lebih mengejutkan lagi, dia terpaksa membayar bil elektrik berjumlah 10,300 dolar Singapura (RM32,900) untuk sebulan.

Saya pasang lima pendingin hawa di ruang tamu, dua di bilik utama dan dua lagi di bilik lain.

Huang.
Sumber: Shin Min Daily News

Memetik laporan tnp, Huang dikatakan terpaksa keluar dan berpindah dari kediamannya itu selepas menerima banyak laporan dari penghuni lain.

BACA JUGA: Cuaca Terlampau Panas? Ini 5 Cara Untuk Kekal Sejuk Di Rumah Tanpa Guna Pendingin Hawa


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd