Now Reading
[Foto] Gadis Bangsa Cina Fasih Dialek Kelantan Kini Hiasi Papan UTHM

[Foto] Gadis Bangsa Cina Fasih Dialek Kelantan Kini Hiasi Papan UTHM

Mekyun atau nama sebenar Wee Yun Nee teruja apabila wajahnya dipilih menghiasi papan iklan gergasi di pintu masuk Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Anda ada tak kawan yang berbangsa Cina, India dan sebagainya tetapi fasih berbahasa Melayu? Lagi dahsyat kalau dia boleh bertutur dalam dialek negeri seperti pantai timur atau seperti orang utara.

“Sek kito jange pecoh” bak kata orang Kelantan.

Malaysia memang kaya dengan pelbagai budaya, agama dan bangsa. Jadi, tidak terkejutlah jika wujud ramai individu yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa dan dialek berbeza.

Gadis Bangsa Cina Fasih Berbicara Dalam Dialek Kelantan Terkenal Di Media Sosial

Seorang gadis berbangsa Cina iaitu Wee Yun Nee atau lebih dikenali sebagai Mekyun merupakan individu yang popular di laman media sosial kerana kebolehannya bertutur dalam dialek Kelantan.

Bukan Mekyun sahaja, malah satu keluarganya memang boleh bertutur dalam dialek Kelantan.

Telatah Mekyun ini mula menjadi perhatian ramai selepas dia sering memuat naik video di laman TikTok miliknya (@mekyunnnn).

https://www.tiktok.com/@mekyunnnn/video/7146920450361134363?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Mekyun merupakan graduan dalam jurusan diploma dan Ijazah Sarajan Muda Kejuruteraaan Elektrik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Gadis berusia 25 tahun itu juga merupakan graduan kelas pertama dan pada masa sama menerima Anugerah Naib Canselor ketika menuntut pengajian peringkat diploma.

Mekyun sekali lagi membuktikan kecemerlangannya dalam bidang akademik apabila mencapai keputusan kelas pertama serta dinobatkan Anugerah Projek Sarjana Muda dan Anugerah Naib Canselor ketika tamat pengajian ijazah sarjana muda.

Sumber: Instagram/@mekyunnnn

Mekyun Hiasi Papan Iklan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Lebih membanggakan lagi, Mekyun yang kini sudah bergelar alumni telah dipilih oleh pihak UTHM untuk menghiasi papan iklan gergasi UTHM di bahagian pintu masuk universiti berkenaan.

Berita gembira itu membuatkan Mekyun sekeluarga sanggup memandu dari Kuala Lumpur ke Parit Raja, Johor semata-mata ingin melihat sendiri dengan mata papan tanda tersebut.

Sumber: Instagram/@mekyunnnn

Dalam satu hantaran video dimuat naik di laman TikTok Mekyun sendiri (@mekyunnnn), boleh dikatakan satu keluarga Mekyun semua teruja melihat wajah gadis ini terpampang besar di papan tanda itu.

Kalau ahli keluarga pun teruja, apatah lagi Mekyun sendiri kan?

https://www.tiktok.com/@mekyunnnn/video/7162123620209167642?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Mekyun Kini Bekerja Di AirAsia

Mekyun kini bekerja sebagai Growth Executive di syarikat penerbangan tambang murah AirAsia sejak bulan Mei 2022.

Tahniah Mekyun! Kami pun tumpang gembira dengan pencapaian dan juga kejayaan yang dimiliki oleh anda.

BACA JUGA: AirAsia X Kembali Terbang Ke Melbourne Bermula Hari Ini, 2 November 2022

Sumber: Instagram/@mekyunnnn

Semoga kisah ini menjadi inpirasi kepada anda di luar sana untuk terus berusaha mencapai cita-cita serta impian yang ingin dimiliki.

Walaupun nampak macam mustahil, tetapi mana tahu ada rezeki anda kan?

BACA JUGA: [Video] Fasih Berbahasa Jepun, Makcik Cleaner Di Masjid Negara Buat Ramai Terpegun

BACA JUGA: [Video] Netizen Kagum Nenek Perancis Fasih Loghat Terengganu

BACA JUGA: [VIDEO] Fasih Betul Duta Besar Baru Amerika Syarikat Bertutur Bahasa Melayu. Terkejut Netizen!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd