Now Reading
[Video] Pemandu Pelancong Di Sabah Cakap Bahasa Korea, Tapi Ramai Terhibur Ada ‘Slang’ Jawa

[Video] Pemandu Pelancong Di Sabah Cakap Bahasa Korea, Tapi Ramai Terhibur Ada ‘Slang’ Jawa

Reaksi daripada pelancong Korea itu menunjukkan mereka memahami percakapan lelaki tersebut sambil menganggukkan kepala.

[Video] Pemandu Pelancong Sabah Cakap Korea, Tapi Ramai Terhibur Ada 'Slang' Jawa

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Kebiasaannya kalau anda mengambil pakej percutian dengan mana-mana syarikat, pasti didatangkan sekali dengan pemandu pelancong yang akan mengiringi sepanjang bercuti ke lokasi pilihan.

Pemandu pelancong inilah yang akan membawa anda berjalan-jalan ke lokasi percutian sambil menceritakan maklumat menarik tentang destinasi tersebut.

Kalau dapat pemandu pelancong yang boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa lagi seronok, lebih-lebih lagi jika kita melancong ke luar negara.


Pemandu Pelancong Di Sabah Fasih Bercakap Bahasa Korea Dengan Pelancong

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@pakej_bajetkundasang), gelagat seorang pemandu pelancong di Sabah mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat fasih berkomunikasi dalam bahasa Korea.

Pada awal video tersebut, pemandu pelancong itu sedang menjelaskan tentang langkah keselamatan yang perlu dilakukan untuk aktiviti parasailing dalam bahasa Melayu.

Disebabkan terdapat pelancong dari negara Korea juga, lelaki berkenaan sekali lagi menerangkan tentang langkah keselamatan kepada mereka. Bukan dalam bahasa Inggeris, tetapi dalam bahasa Korea ya!

Reaksi daripada pelancong Korea itu menunjukkan mereka memahami percakapan lelaki tersebut sambil menganggukkan kepala ketika mendengar tentang penerangan yang diberikan.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 6,000,000 tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@pakej_bajet_kundasang/video/7256309064907427073

Netizen Terhibur Dengan Pemandu Pelancong Sabah Cakap Bahasa Korea

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat pemandu pelancong di Sabah berkomunikasi dalam bahasa Korea.

Lebih menghiburkan lagi, ada juga yang tidak dapat menahan ketawa apabila berpendapat ‘slang’ percakapan dalam bahasa Korea itu katanya ibarat bahasa Jawa.

Walau bagaimanapun, mereka memuji usaha pemandu pelancong itu yang sanggup mempelajari bahawa asing bagi membolehkan para pelancong memahami penerangan yang diberikan.


Tempat-tempat Menarik Untuk Bercuti Di Sabah

Sabah merupakan antara negeri di Malaysia yang menjadi pilihan pelancong untuk bercuti kerana mempunyai pelbagai pulau yang cantik dan budaya yang unik untuk dipelajari.

Selain itu, Sabah juga dikenali sebagai ‘syurga’ makanan laut. Jadi memang senang sangat nak cari hidangan seafood dengan harga yang murah.

Sumber: Twitter @adibkhld

Kepada anda yang mahu bercuti ke Sabah, antara lokasi yang boleh dikunjungi adalah seperti:

  • Pulau Semporna
  • Pekan Kundasang
  • Pulau Mantanani
  • Desa Cattle Fairy Farm
  • Pulau Sipadan
  • Pasar Malam Sinsuran
  • Signal Hill Observatory Platform
  • Kokol Hill
  • Taman Laut Tunku Abdul Rahman

BACA JUGA: Wanita Ini Kongsi Solo Trip 4H3M Ke Pulau Semporna, Sabah. Baru Betul ‘Healing’ Ya!

BACA JUGA: Trip 5H4M Ke Sabah Dengan Kos RM1,200 Seorang Termasuk 2 Hari ‘Island Hopping’!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd