Now Reading
Wanita Ini Kongsi Solo Trip 4H3M Ke Pulau Semporna, Sabah. Baru Betul ‘Healing’ Ya!

Wanita Ini Kongsi Solo Trip 4H3M Ke Pulau Semporna, Sabah. Baru Betul ‘Healing’ Ya!

Itinerari solo trip ke Pulau Semporna, Sabah ini adalah untuk 4H3M dengan bajet RM1,600 sahaja termasuk kesemuanya.

solo trip ke pulau semporna sabah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Mungkin ramai yang pernah memasang niat untuk ke Pulau Semporna yang terletak di Sabah. Pulau Semporna ini dikelilingi oleh banyak pulau lain yang boleh menarik minat sesiapa sahaja dalam bidang perlancongan, termasuk Pulau Bum-bum.

Untuk pengetahuan umum, sungai yang memisahkan Pulau Semporna dengan wilayah lain adalah dikenali sebagai Sungai Pegagau. Semporna dihubungkan dengan dataran melalui jambatan Pegagau di mana kawasan Pegagau masih di bawah kawasan Semporna.

Bercakap tentang masyarakat pula, di Semporna ini terdapat masyarakat berbilang kaum, bangsa, dan agama. Namun begitu, kaum yang mendominasi daerah Semporna ini adalah suku kaum Bajau.

Sumber: Klook

Bab masakan pula, makanan tradisional orang Bajau Semporna adalah Sagul, Putu Ubi, Egang, Kima, Latok, Tayum, dan Tehek-Tehek.

Macam menarik pula kalau dapat buat trip ke Pulau Semporna Sabah, kan?!


Pengguna Twitter Kongsi Itinerari Trip Solo Ke Pulau Semporna Sabah

Kalau ada sesiapa yang teringin nak pergi Pulau Semporna, Sabah, tapi tiada teman. Tak mengapa! Boleh ikuti tips dan itinerari pengguna Twitter (@chutcomel) ini yang telah memperincikan segala apa yang diperlukan untuk ke Pulau Semporna ini.

“The cost, the view, the food, experience, is so worth it,” jelas Chut.

Chut menerusi ciapan di Twitter miliknya menyatakan dia sudah lama ingin ke Sabah tetapi tiada kawan untuk menemaninya. Seterusnya, dia terjumpa sebuah akaun Twitter yang mempromosi trip ke Sabah yang sesuai untuk mereka yang ingin travel secara solo.

Menurutnya, dia hanya menghabiskan sebanyak RM1,600 sahaja untuk kesemuanya termasuklah tiket penerbangan, makan minum, aktiviti, dan sebagainya.

Untuk itinerari penuh, boleh lihat di bawah:

Sumber: Twitter/chutcomel

Paling best, siap pakej ada yang tolong ambilkan gambar cantik-cantik menggunakan iPhone 14 Pro Max, nanti boleh AirDrop sahaja ke telefon sendiri.

Sumber: Twitter/chutcomel

Bab makanan pula, hari-hari boleh menikmati makanan laut tanpa limit! Lauk pula memang pelbagai. Pendek kata, balik dari trip ini memang boleh naik berat.

Sumber: Twitter/chutcomel

Menurut Chut, kalau ada yang terpasang ‘niat’ untuk bercuti di Pulau Semporna, Sabah, jangan tunggu lama-lama untuk booking sebab benda paling menarik adalah trip ini boleh dibayar secara ansuran. Untuk yang berminat, korang boleh KLIK SINI.

Kaki snorkeling di luar sana, mestilah akan ada ‘slot’ untuk aktiviti kegemaran korang. Snorkeling di Pulau Semporna adalah di kawasan berikut:

  • Timba-timba.
  • Mataking.
  • Pompom.
  • Mabul.
  • Kapalai.
Sumber: Twitter/chutcomel

Tips Untuk Bawa ‘Outfit’ Untuk Ke Pulau Semporna Sabah

Sumber: Twitter/chutcomel

Kaum hawa mesti suka part ini. Setiap trip mestilah akan ada gambar-gambar kenangan yang bakal dimuat naik di media sosial, kan? Tapi ada caranya juga ya. Bukan bawa satu almari!

  • Bawa baju yang ringan dan senang kering.
  • Bawa baju-baju yang berwarna kontra seperti kuning, merah, hot pink.
  • Sandal bawa yang comel-comel supaya cantik dalam gambar nanti.

Menarik juga kalau dapat bercuti bersama keluarga dan yang tersayang di Pulau Semporna, Sabah ini. Pemandangan pun boleh tahan menarik, siap boleh ‘healing’. Yang penting makan sedap dan kos berbaloi.

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Itinerari Trip Bajet Ke Turki. RM3,600 Je Seorang!

BACA JUGA: Hanya Dengan RM3K, Korang Boleh Travel Ke Finland Selama 7 Hari. Berbaloi Juga!

BACA JUGA: Nak Naik Langkawi Sunset Cruise? Ini Panduan Untuk Anda, Siap Harga!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd