Now Reading
“Jadikan Senaman Sebagai Tabiat, Bukan Alasan” – Pakar Pemakanan LAC Malaysia

“Jadikan Senaman Sebagai Tabiat, Bukan Alasan” – Pakar Pemakanan LAC Malaysia

Satu kajian pada tahun 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan bahawa hanya 53.9% rakyat Malaysia menjaga kesihatan dengan sekurang-kurangnya melakukan satu aktiviti fizikal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, bersenam secara berkala adalah satu keperluan untuk gaya hidup yang lebih sihat sama ada berlari, berenang, mencari ketenangan di atas tikar yoga atau bersukan.

Aktiviti fizikal bukan sahaja dilakukan dengan tujuan keseronokan, malah ia juga memberi impak besar terhadap kesihatan kerana ia mampu mengurangkan risiko penyakit, meningkatkan kesihatan otak sekaligus memberikan fokus lebih baik dan merangsang perasaan positif untuk memberikan semangat.


Ramai Individu Di Malaysia Tidak Capai Matlamat Senaman

Pun begitu, ramai di kalangan masyarakat tidak mencapai matlamat senaman yang disyorkan. Satu kajian pada tahun 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan bahawa hanya 53.9% rakyat Malaysia menjaga kesihatan dengan sekurang-kurangnya melakukan satu aktiviti fizikal.

Menerusi data berkenaan, pakar berkata tahap aktiviti yang dilakukan tersebut tidak mencukupi bagi memperoleh manfaat penuh daripada senaman.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan sekurang-kurangnya 150 hingga 300 minit aktiviti fizikal aerobik dengan intensiti sederhana atau 75 hingga 150 minit aktiviti fizikal aerobik dengan intensiti tinggi dilakukan dalam tempoh seminggu.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Yoga: Hatha Bersama LAC Malaysia & Karma Yoga Studio

Pada Sabtu lalu (27 April), LAC Malaysia dengan kerjasama Karma Yoga Studio telah menganjurkan satu sesi senaman Yoga: Hatha. Sesi tersebut telah disertai dengan para wanita daripada komuniti setempat bersempena dengan Hari Kesihatan Sedunia pada awal bulan lalu.

Foto: Yoga: Hatha

Dalam aktiviti yang dijalankan lebih kurang hampir dua jam itu, pelbagai perkara telah dipelajari bersama para pengajar yoga.

Bukan sahaja dari aspek pernafasan, malah pihak Karma Yoga Studio juga memberi tunjuk ajar buat mereka yang pertama kali mencuba senaman yoga.

Mungkin agak mencabar pada permulaannya, tetapi dengan latihan berterusan, para peserta dapat ‘menangkap’ segala arahan tentang senaman Hatha dengan cepat.

Foto: Yoga: Hatha

Selepas hampir sejam melakukan senaman tersebut, para peserta didedahkan pula dengan info dan fakta tentang gaya hidup bersama Pakar Pemakanan Bertauliah di LAC Malaysia, Cynthia Jetan.

Foto: Yoga: Hatha

Jelasnya, sekecil-kecil tabiat gaya hidup sihat yang dilakukan oleh anda sekarang mampu memberikan impak besar pada kesihatan pada masa akan datang. Perkongsian Cynthia sememangnya telah membuka mata para peserta untuk tidak memandang rendah isu gaya hidup seimbang.

Di penghujung majlis, kesemua individu yang bersama-sama menyertai sesi berkenaan diberikan goodies berserta suplemen kesihatan dari LAC Malaysia dan juga sedikit snek.

Foto: Yoga: Hatha

Kalau anda tanya pendapat penulis yang pertama kali menyertai yoga, kami berasa sangat produktif selepas sesi tersebut. Agak mencabar, tetapi yang paling penting jangan berputus asa!

Foto: Yoga: Hatha

Jadikan Senaman Tabiat, Bukan Alasan!

Berbicara lanjut mengenai isu ini, segelintir masyarakat memberikan pelbagai alasan untuk mengamalkan gaya hidup sihat sehingga menyebabkan mereka tidak aktif.

Kini, sudah tiba masanya untuk anda semua menukar naratif untuk kesihatan optimum.

Bagi mengatasi ‘alasan’ yang sering diberikan, berikut adalah cara-cara untuk mengatasinya seperti disarankan pakar dari LAC Malaysia:

#1. Alasan: “Tidak Ada Masa Untuk Bersenam”

Ini adalah alasan paling utama di mana sudah tiba masanya untuk dihentikan. Bagi mengatasi perkara tersebut, anda perlu lebih mengkhususkan daripada mencari masa dengan cara merancang senaman anda terlebih dahulu.

Anda juga perlu memeriksa jadual harian atau mingguan dan mencari masa lapang untuk melakukannya. Dalam pada itu, anda perlu membahagikan tugas yang perlu diselesaikan untuk mendapatkan lebih banyak masa lapang bagi melakukan aktiviti senaman.

Sumber: Unsplash

Bukan itu sahaja, pertimbangkan juga senaman pendek dan intensiti tinggi yang sesuai dengan hari sibuk anda. Ia tidak mengambil masa lama tetapi memberikan hasil yang hebat jika dikombinasikan dengan pemakanan sihat.

#2. Alasan: “Saya Bersenam Semalam, Sekarang Badan Saya Sakit”

Tidak dapat merasai tangan dan kaki selepas bersenam? Ya, kita semua pernah melaluinya. Namun, itu bukan alasan untuk langsung tidak bersenam. Bahkan, senaman pemulihan aktif ringan seperti berjalan atau berenang dapat membantu mengurangkan kesakitan otot.

Anda juga boleh menukar rejim senaman anda untuk bekerja dengan bahagian otot berbeza iaitu tidak melibatkan otot yang sakit akibat senaman sebelumnya.

Sumber: Pexels
#3. Alasan: “Terlalu Panas/Sejuk/Bosan/Penat”

Cuba tanyakan pada diri sendiri pula, bagaimanakah perasaan anda selepas bersenam? Bertenaga, segar dan bersedia untuk menangani apa sahaja yang mendatang? Itulah pekara yang paling penting daripada aktiviti senaman.

Kunci untuk menjadi aktif secara konsisten adalah untuk membina tabiat. Memantau senaman dan melihat perubahan diri merupakan kaedah terbaik dan satu pencapaian yang harus dibanggakan.

Sumber: Freepik

Dalam masa sama, ia akan menjadi salah satu dorongan besar untuk bersenam dengan lebih kerap. Selain itu, anda juga mesti memilih aktivti senaman yang anda nikmati prosesnya. Jika anda tidak suka berlari, cuba berbasikal. Jika anda benci idea bersenam di gym, daftar untuk sesi dalam talian yang boleh anda lakukan di rumah.

#4. Alasan: “Saya Tak Ada Tenaga Untuk Bersenam Lebih Daripada Sekali Seminggu”

Tahukah anda jika diri sendiri semakin aktif, semakin banyak tenaga yang bakal dimiliki? Jika anda berasa lelah selepas bersenam, sudah tiba masanya untuk memeriksa semula tabiat tidur, kata Cynthia.

“Kekurangan tidur atau kualiti tidur yang buruk boleh memberi kesan ketara terhadap tahap tenaga dan motivasi. Tidur pada dasarnya membantu dalam pemulihan. Secara semula jadi, semakin baik anda tidur, semakin banyak tenaga yang anda miliki pada hari berikutnya.

Sumber: Pexels

“Diet yang kurang dengan nutrien penting, kebiasaannya kerana terlalu banyak pengambilan makanan berproses atau makanan segera boleh menyebabkan keletihan dan tenaga berkurangan. Walaupun kalori memberi tenaga, vitamin dan mineral diperlukan untuk memprosesnya dengan berkesan,” jelas Cynthia.


Tambahan Suplemen Yang Boleh Dipercayai Dalam Diet Seimbang

Beliau mencadangkan diet seimbang dan kaya nutrien dengan karbohidrat kompleks, protein tanpa lemak dan lemak sihat untuk memberikan sumber tenaga yang stabil dan mengekalkan daya tahan, protein serta antioksidan.

Ini bagi mempercepatkan lagi pemulihan serta kalsium dan magnesium bagi membantu mengurangkan kekejangan.

Perkara yang paling penting, jangan lupa untuk memastikan diri anda memiliki hidrasi mencukupi juga! Minum air yang banyak sebelum, semasa dan selepas bersenam untuk mengelakkan dehidrasi serta meningkatkan prestasi.

Anda juga boleh mempertimbangkan minuman elektrolit untuk menghidrasi semula badan dengan cepat.

Cynthia.

Suplemen juga adalah sumber tenaga penting yang boleh dipercayai.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

“Multivitamin menyediakan gabungan menyeluruh vitamin dan mineral penting yang mungkin kurang dalam diet kita bagi memastikan badan mempunyai nutrien diperlukan untuk pengeluaran tenaga optimum.

“Sementara itu, B kompleks dan beberapa mineral memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga, menukar makanan menjadi bahan api dengan lebih cekap untuk meningkatkan tahap tenaga bagi aktiviti seharian.

“Anda juga perlu mempertimbangkan antioksidan kerana ini menyokong pemulihan otot, membantu mengurangkan keletihan selepas bersenam dan menggalakkan lagi pemulihan lebih cepat di antara latihan,” ujar pakar tersebut.


LAC Tawar Produk Multivitamin Untuk Badan Yang Lebih Sihat

Bagi mengoptimumkan manfaat multivitamin, pastikan anda memilih produk jenama boleh dipercayai dan formula menyeluruh yang mengandungi bukan sahaja vitamin tetapi juga mineral penting dan herba untuk mengekalkan kesejahteraan anda.

Sebagai jenama bertauliah dalam bidang kesihatan dan kecergasan, LAC menawarkan pelbagai multivitamin iaitu Mega Multi yang dirancang secara teliti untuk memenuhi keperluan seperti dinyatakan sebentar tadi. Formula pelbagai ini menyokong kesihatan semasa anda mengurus gaya hidup yang sibuk.

Dalam bentuk tablet ‘time-released’, ia akan memberikan nutrien secara beransur untuk penyerapan lebih baik daripada bahan berkualiti.

LAC Mega Multi tersedia dalam formula lelaki dan wanita yang mana setiap formula mengandungi 40 vitamin dan mineral yang telah dikaji secara klinikal serta asid amino serta nutrien tumbuhan bermanfaat.
(Sumber: Nur Hazwani/TRP)

Satu tablet sehari membantu meningkatkan tenaga dan vitaliti, menyokong keperluan harian anda untuk prestasi optimum. Produk ini juga diperbuat tanpa pengawet tambahan dan tiada perisa serta pewarna tiruan tambahan.

Sementara itu, herbal tradisional Cina telah dikenal pasti memberi anda tenaga yang anda perlukan untuk prestasi sukan lebih baik.

Activated ZHI (Energy) oleh LAC adalah gabungan kuat yang menampilkan dua herba atas sebab berikut:

  • Lingzhi: Dikenali sebagai Elixir Kehidupan iaitu menyegarkan badan anda, membantu dalam pemulihan otot dan melawan keletihan.
  • Cordyceps: Meningkatkan daya tahan, kelajuan, dan prestasi sekaligus memberi bahan api kepada anda untuk latihan lebih lama dan berkesan.

Kesimpulannya, alasan tidak bersenam sememangnya perlu diubah dan carilah penyelesaian terbaik bagi menyelitkan masa untuk melakukan aktviti fizikal dalam hari-hari anda.

Jom bergerak, tiada lagi alasan!

Untuk info lanjut, klik [DI SINI].


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd