Now Reading
Pemilik Kucing Di Singapura Wajib Mohon Lesen & Pasang Mikrocip Pada Si Bulus Bermula September

Pemilik Kucing Di Singapura Wajib Mohon Lesen & Pasang Mikrocip Pada Si Bulus Bermula September

Dalam tempoh peralihan selama dua tahun ini, lesen untuk membela kucing di Singapura boleh dimohon secara percuma sehingga 31 Ogos 2026.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kucing adalah salah satu haiwan yang menjadi pilihan masyarakat untuk dibela di dalam rumah mereka.

Seronok bela kucing dekat rumah sebenarnya, sebab bila kita keseorangan pasti haiwan ini ada sebagai peneman.

Kebiasaannya setiap kucing akan mempunyai rutin yang sama iaitu makan, tidur dan bermain. Tapi kalau kucing korang sejenis yang aktif serta suka memanjat, memang kena bersabar sikit.

Baca Artikel Berkaitan: Anda Penggemar Haiwan? Ini Info Penting Tentang Baka Telomian & Kucing Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Kucing Pun Boleh Stres & Sakit Bila Ramai Orang Di Rumah. Baru Tahu!

Sumber: Pexels

Pembela Kucing Di Singapura Perlu Miliki Lesen Dan Pasang Mikrocip Pada Si Bulus

Bagi penggemar kucing yang mahu membela haiwan ini di Singapura, terdapat satu perkara penting yang anda perlu ambil tahu.

Memetik laporan BERITA Mediacorp, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura akan mewajibkan penghuni flat untuk membuat permohonan bagi memelihara kucing mulai September ini.

Dengan adanya lesen tersebut, penduduk dibenarkan untuk memelihara maksimum dua ekor kucing di setiap flat HDB dan tiga ekor kucing di kediaman persendirian.

Selain memiliki lesen untuk memelihara haiwan berkenaan, setiap kucing juga perlu dimasukkan mikrocip.

Sumber: Pexels

Rangka Kerja Pengurusan Kucing di bawah Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) Lembaga Taman Negara menjelaskan bahawa peraturan ini akan bermula selepas selesai tempoh peralihan selama dua tahun.

Ini kerana ia bagi membolehkan pemilik kucing mempunyai masa secukupnya untuk memenuhi syarat memohon pelesenan serta pemasangan mikrocip.

Mereka yang mempunyai lebih banyak kucing daripada had untuk flat HDB dan premis persendirian akan dibenarkan menyimpan semua kucing peliharaan sedia ada mereka jika mereka melesenkannya dalam tempoh peralihan ini.

Rangka Kerja Pengurusan Kucing di bawah Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) Lembaga Taman Negara.

Prosedur Untuk Mohon Pelesenan Membela Kucing Di Singapura

Bagi warga Singapura yang mahu membuat permohonan, ia boleh dilakukan secara atas talian menerusi portal Sistem Pelesenan Haiwan-Haiwan AVS yang akan dibuka bermula 1 September 2024.

Dalam tempoh peralihan selama dua tahun ini, lesen tersebut boleh dimohon secara percuma sehingga 31 Ogos 2026.

Sumber: Pexels

Selepas tamat tempoh tersebut, bayaran RM52 (SGD$15) akan dikenakan bagi kucing yang telah dimandulkan dan RM314 (SGD$90) untuk kucing yang tidak dimandulkan bagi tempoh satu tahun.

Lesen yang dikeluarkan untuk kucing yang sudah dimandulkan adalah sah seumur hidup tetapi lesen bagi kucing yang belum dimandulkan hanya sah dalam tempoh peralihan sahaja.

Rangka Kerja Pengurusan Kucing di bawah Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) Lembaga Taman Negara.

Pihak AVS menegaskan orang ramai untuk memandulkan kucing mereka adalah bagi mengelakkan aktiviti pembiakan yang berleluasa.

Kepada mereka yang pertama kali memohon lesen berkenaan, satu kursus pemilikan haiwan secara percuma perlu dilengkapkan secara atas talian.

Kursus itu akan memberi panduan tentang kemahiran asas dalam penjagaan haiwan serta ilmu tentang pemilikan yang bertanggungjawab.

Sumber: Pexels

Apa Jadi Jika Penduduk Singapura Bela Kucing Tanpa Lesen?

Selepas tempoh 1 September 2026, mereka yang memelihara kucing tanpa lesen akan dianggap sebagai satu kesalahan.

Pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM17,419 (SGD$5,000) seperti mana peraturan sedia ada yang dikenakan bagi pemilik anjing.

Sebagai info, penghuni flat HDB tidak dibenarkan untuk membela kucing selepas larangan tersebut dilaksanakan sejak tahun 1989 yang memperuntukkan denda sehingga RM13,935 (SGD$4,000) kepada mana-mana pesalah.

Baca Artikel Berkaitan: Awas! Pemilik Kucing & Anjing Boleh Didenda Jika Si Bulus Berak Merata-rata Di Rumah Jiran

Baca Artikel Berkaitan: Kucing Asyik Berak Depan Rumah? Guna 7 Bahan Ini Untuk Halau Si Bulus

Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Buang Kucing? Ini Penjelasan Pegawai Agama


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd