Now Reading
[Video] Tak Tahu Nak Derma Baju Di Mana? Ini Tips Untuk Anda

[Video] Tak Tahu Nak Derma Baju Di Mana? Ini Tips Untuk Anda

Anda boleh menyumbangkan pakaian yang tidak lagi digunakan secara terus ke rumah anak yatim, atau pusat tahfiz, atau menerusi syarikat seperti Lotus’s dan AEON.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebanyakan daripada kita pasti mempunyai pakaian yang masih elok, tetapi sudah tidak muat atau tidak lagi dipakai. Sayang pula nak buang begitu sahaja kan?

Oleh itu, lebih baik jika pakaian itu disedekahkan kepada orang yang lebih memerlukan. Malah, dalam Islam sendiri kita tidak digalakkan menyimpan barang-barang yang tidak lagi digunakan.

Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Umat Islam Tidak Digalakkan Menyimpan Barang Yang Tidak Digunakan?

Namun, mungkin anda tidak tahu di mana pakaian tersebut boleh disedekahkan atau diberi kepada mereka yang sepatutnya? Jom baca artikel ini.


Lotus’s Sediakan Tong Kitar Semula

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok, Kakul, berkongsi dia meletakkan pakaiannya di dalam satu tong kitar semula yang disediakan oleh pasar raya Lotus’s.

Katanya, dia memilih untuk menyumbangkan pakaiannya di Lotus’s kerana tidak berkesempatan untuk menjual semula barang-barang terpakai itu (preloved sale).

Menerusi video dimuat naiknya, untuk menyumbangkan barang-barangan tersebut, anda cuma perlu menarik pemegang di bahagian atas. Kemudian, masukkan barang di dalamnya dan tutup semula. Apabila ia ditutup, barang akan secara automatik menggelongsor ke dalam tong.

Anda tidak perlu mendaftar atau meminta izin terlebih dahulu kerana tong itu boleh digunakan oleh orang ramai.

Kakul berkata penutup tong tersebut agak berat. Jadi, kalau anda ke sana dan tidak boleh membuka penutup tong, boleh minta tolong pekerja Lotus’s ya?


Bukan Hanya Pakaian, Boleh Juga Sumbang Selimut, Cadar & Soft Toys

Melihat kepada gambar pada bahagian hadapan tong itu, orang ramai boleh menyumbangkan barang-barang dalam bentuk pakaian, kasut, beg tangan, tali pinggang, selimut dan cadar serta mainan lembut (soft toy).

Kakul juga turut menyumbangkan pengangkut bayi atau ‘baby carrier’.

Lebih elok sekiranya barang-barang tersebut disusun mengikut kategori dan dimasukkan ke dalam bag atau plastik agar tidak bercampur.

Kakul juga berkata terdapat dakwaan bahawa barang-barang yang disumbangkan mungkin akan diberi kepada syarikat menjual barangan terpakai (bundle). Namun niatnya cuma untuk menyumbangkan pakaiannya kepada orang yang memerlukan.

@ka_kul

Clearkan almari, boleh tambah baju baru 😝😝

♬ Ketipak Ketipung Raya – Aisha Retno & Aziz Harun

Banyak Cawangan Lotus’s Sediakan Tong Kitar Semula

Menurut Kakul, dia telah ke cawangan Lotus’s yang terletak di Mutiara Damansara, Selangor ketika itu.

Dalam satu hantaran lain, dia berkongsi beberapa cawangan Lotus’s lain yang turut menyediakan tong tersebut antaranya di Kajang, Rawang, Cheras dan Semenyih.

Anda boleh ke Lotus’s berhampiran untuk menyemak sendiri sama ada ia juga menyediakan tong kitar semula.

Selain daripada Lotus’s, dia turut berkongsi bahawa AEON turut menyediakan perkhidmatan yang sama.

https://www.tiktok.com/@ka_kul/video/7362906386474274049

Netizen Kongsi Tempat Lain Untuk Sumbangkan Pakaian

Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai turut berkongsi tempat mereka menyumbangkan pakaian terpakai. Rupa-rupanya selain daripada Lotus’s, banyak lagi syarikat lain yang menyediakan tong sedemikian, seperti AEON dan Kloth.

Menurut seorang pengguna TikTok, dia memilih untuk menyumbangkan pakaiannya menerusi Kloth kerana pakaian akan dipilih dan disumbangkan kepada orang yang memerlukan. Ada pakaian yang akan diberi kepada ibu tunggal, malah ada juga yang di hantar ke negara-negara miskin.

Sumber gambar: @ka_kul/ TikTok

Boleh Juga Sumbang Kepada Pusat Anak Yatim Atau Sekolah Tahfiz

Selain daripada menyumbang menerusi syarikat, beberapa pengguna lain turut menderma pakaian secara langsung kepada pusat anak yatim atau sekolah tahfiz. Pakaian yang masih elok akan dijual dan kutipan jualan dijadikan sebahagian daripada dana sekolah.

Malah, seorang individu yang bekerja di Jabatan Penjara Malaysia berkata dia akan menyumbangkan pakaiannya kepada banduan untuk dipakai setelah dibebaskan kelak.

Selain itu, anda juga boleh memberi pakaian yang tidak lagi dipakai kepada keluarga atau rakan-rakan yang memerlukannya.

Sumber gambar: @ka_kul/ TikTok

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd