Now Reading
Lotus’s Wangsa Walk Kini Berwajah Baru, Sudah Dibuka Semula Selepas Renovasi

Lotus’s Wangsa Walk Kini Berwajah Baru, Sudah Dibuka Semula Selepas Renovasi

Cawangan Lotus’s Wangsa Walk ini merupakan stor pertama yang direka bentuk semula dengan kelengkapan baru termasuk penambahan lebih 600 pilihan produk premium massa dan mampu milik. 

lotus's malaysia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jenama pasaraya besar yang terutama, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) melancarkan semula cawangan Wangsa Walk hari ini.

Cawangan bersaiz 2,000 meter persegi tampil dengan dekorasi baharu serta mempamerkan pilihan produk yang lebih kepelbagaian untuk jenis makanan laut, daging, produk sejuk beku, dan barangan runcit.

Cawangan ini merupakan stor Lotus’s yang pertama direka bentuk semula dengan kelengkapan baru termasuk penambahan lebih 600 pilihan produk premium massa dan mampu milik. 

Oleh kerana terdapatnya peningkatan dalam permintaan untuk barangan runcit, cawangan ini tidak lagi menawarkan pilihan barangan am dan telah memperbaiki penyusunan barangan mengikut zon kategori bagi memudahkan pelanggan semasa membeli-belah.

Sumber: Lotus’s Malaysia

“Kesemua rakan sekerja yang terlibat telah memberi kerjasama yang terbaik untuk merancang dan mengubah suai susunan dalaman stor dengan paparan makanan segar yang lebih menarik dan sistem rak yang baharu bagi meningkatkan pendedahan rangkaian produk serta memberikan pelanggan pengalaman membeli-belah yang sentiasa diingati”, kata Thinesh Subramaniam, Pengarah Stor Lotus’s (Kawasan Sentral 1).

Sumber: Lotus’s Malaysia

Antara rangkaian produk segar baharu yang ditawarkan termasuk pilihan daging lembu gourmet dan stik (grass-fed), biri-biri muda dari Australia dan ikan salmon Norway. 

Pelanggan juga boleh membeli minuman dan snek kegemaran mereka yang diimport dari Thailand, Korea, China, Taiwan, dan Indonesia di Lotus’s Wangsa Walk.

Sumber: Lotus’s Malaysia

Lotus’s juga telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik dari 15 – 17 Disember 2023, sempena pelancaran semula cawangan tersebut seperti:

  • Demonstrasi memasak secara live oleh cef jemputan dan pensampelan makanan pada 15 Disember 2023.
  • Snap dan Menang Lotus’s e-Baucar bernilai RM1,000 dengan pembelian minima RM50.
  • Putar dan Menang hadiah dengan pembelian minima RM50.
  • Empat Baucar Ganda-Ganda untuk ahli My Lotus’s.
  • Sampel makanan dan minuman jenama Lotus’s percuma.
Sumber: Lotus’s Malaysia
Sumber: Lotus’s Malaysia

Dari 15 hingga 17 Disember, pengguna TrueMoney yang berdaftar akan mendapat ganjaran dua kali ganda dengan pembelian minima RM100, cashback sebanyak RM5, dan dua kali ganda mata ganjaran My Lotus’s apabila membeli-belah di Lotus’s Wangsa Walk. 

Manakala pengguna baharu aplikasi tersebut akan menerima cashback sebanyak RM10 dan dua kali ganda mata ganjaran My Lotus’s dengan pembelian minima yang sama.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran dan promosi eksklusif di Lotus’s Wangsa Walk, rujuk laman Facebook rasmi Lotus’s.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd